TAB

Tuesday, December 28, 2010

dan bila ia kembali ke genggamanku . . .

akhirnya!
setelah beberapa bulan yg penuh menyiksakan (haha...seksa ke)
penantian demi penantian . . .
aku telah pon dapat broadband kembali!
sangat2 seronok !

mula2 tak planning langsung nak beli broadband. tapi semalam lepas pergi kenduri kawin rumah sedara aku, kitorang satu family singgah tesco sebab kakak aku kata dia lapar. singgahlah kejap. lepas makan aku sempat beli baju sehelai (untuk kelas sem baru nanti).jalan2 kat tesco tetibe ade sorang salesman bagi brocher produk urut  takasima - dalam tu ada amy mastura! tapi gambar jelah...

jalan dan jalan lagi. tetibe terdetik hati nie nak beli broadband. abah aku kata pon ok. apa lagi keliling lah mencari kedai2 broadband ( tak delah keliling sangat pon sebab kedai sebelah-menyebelah jek).

sebelum ni aku pakai broadband celcom, so ingatkan nak tukar ke telco lain tapi setelah aku teliti semua syarikat kecuali umobile (kalau ada pon tak nak guna kot), aku telah memutuskan untuk setia bersama celcom.
kalau aku pilih digi aku kena tambah lagi rm30 dan kelajuan dia berkurangan bila waktu malam, dan kalau maxis ada kontrak pulak! (maknanya kalau nak terminate kena bayar balik rm100). memang mula2 nak pilih maxis sebab aku guna nombor maxis kan. konon nak matching lah! tapi bila pikir balik kalau hilang lagi macam haritu? tak ke masalah?!

Jadi kesimpulan diakhir cerita. celcom pilihan aku!

* harap lepas ni tak hilang lah lagi broadband aku. amin!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...