TAB

Friday, December 31, 2010

berakhirnya cuti semester pertama . . .

sepanjang cuti semester yg pertama kali ni aku banyak menghabiskan masa dengan berjalan-jalan disekitar johor bahru ni. nak  pergi jauh2 tak cukup bajet !
beberapa hari selepas cuti aku telah bergegas mencari kerja partime. tapi . . . hampeh! tak dapat pon. jadi akhirnya terpaksa lah duduk rumah. buat bisnes tanam aggur . huhu

lepas usaha mencari kerja tak berjaya. aku putuskan untuk menghabiskan cuti ni dengan jalan2 jek. perjalanan pertama aku putuskan untuk bawak sedara2 aku tengok wayang cerita - aku tak bodoh. tak penah kot lepas dah lebih dua tahun ada lesen ni bawak diorang jalan2.

cuti ni sempat jugak jumpa dengan member2 lama form 6 dulu walaupon tak berapa ramai yg ada. kira macam reunion kecil-kecilan lah. kitorang pergi  tengok wayang dekat jusco tebrau. cerita TRON LEGACY - memang gempak cerita tu. balik tu singgah jusco taman u pulak. semata-mata nak beli dunkin donut! haha . sebab dekat tebrau banyak yg da habis.

seminggu sebelum tu sebenarnya aku dah pergi jusco tu dengan member2 uitm aku. sorang member aku dari melaka datang (tira) so bawaklah dia jalan2.bukan tira jek zureen, yun dan adik dia pon ada (kira haritu aku dikelilingi perempuan2 lah! haha . bestnya! pedulilah orang nak cakap apa! aku solo ok!) lepas pergi jusco kitorang pergi cs lak. pastu main bowling dekat skudai prade. destinasi terakhir hari tu aku singgah pizza hut/kfc dekat senai sebab nak hantar member aku balik. lupa lah nak cakap masa aku pergi jusco tu tengah jkad day - teringat masa aku keja dulu. aku terserempak jugak dengan kak linda (penah admire dekat die) dengan farhana. nampak naqib dengan hassan tp aku senyum jek. haha.

aku ada jugak pergi keluar dengan pudin dekat umall. kitorang tengok harry potter. semakin gemok aku tengok ko pudin! hehe . sorry pudin.

semalam pulak aku sempat tengok damping malam dengan alia dan ai. - cerita tu tak de lah seram mana . lebih kepada krisis kekeluargaan. tapi yg best nya aku dapat tengok amy mastura!

esok dah nak balik melaka. mula2 plan nak gerak saing azri jek. tapi lepas tu makin ramai pulak. aku akan mula perjalan dengan am - jumpa dekat petronas yg sebelum tol skudai tu. lepas tu tunggu abe dekat sedenak. singgah pulak simpang renggam jumpa azri. lepas tu berenti dekat bp pulak sebab din pon gerak sama. rasa macam satu perjalan yg jauh kan? padahal melaka jek ( jauh jugak ape! )

tulis pon tulis jugak. aku sebernya belum pack ape2 lagi nie!
lepas ni nak kemas2 baju apa yg patut. harap jalanan esok lacar dan selamat. AMIN.

kata2 akhir utk tahun 2010 ni
harap tahun depan bertemu yg special! huhu

selamat tahun baru !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...