TAB

Monday, July 25, 2011

Maaf, Jodoh Kita Tak Lama

Macam-macam berlaku sejak dua tiga hari ni. Serabut sangat kepala!

TIADA LAGI 'VIA ANDROID'

Cerita pertama yang aku nak beritahu pasal handphone xperia aku. HILANG! Aku sedar handphone tu hilang masa nak pergi solat. Seluk-seluk poket. EH2..mana handphone aku ni??! terasa hati tak tenang sangat masa tu. Nak solat pon rasa tak betol. ARGGH! Tak pernah aku hilang handphone sebelum ni. Entah kemana agaknya dia hilang. Aku rasa mungkin tercicir masa aku seluk dekat poket dekat trafik light. 

Dua handphone aku sebelum ni setia je dengan aku. N70 aku dah lebih 5 tahun aku pakai. Handphone sony aku dulu pon hampir 2 tahun aku pegang sebelum aku jual dekat kedai. Tapi kau XPERIA X8! Kenapa kau curang dengan aku! Nak nangis pon dah tak guna rasanya. Aku tak sangka kau hadir hanya untuk seketika. Siapalah yang beruntung dapat kau agaknya...

Namaun, kenangan bersama kau aku tak akan lupa. Aku selalu gunakan kau untuk berfesbuk, update status. Aku juga gunakan kau untuk update foursquare aku. Lepas ni dah tak dapatlah nak check-in sana sini guna foursquare. Aku juga boleh tengok blog aku ni dari badan kau. Tak lupa juga, Youtube sentiasa menjadi peneman antara aku dan kau dikala sunyi. Amat terasa kehilangan kau disaat ini.

BAGAI JATUH DITIMPA TANGGA

Bukan handphone je hilang. Simkad broadband aku pon hilang sama. Sebab aku letak simkad tu dalam xperia. kenapa malang sangat nasib aku ni. Ni bukan sekali, tapi dah dua kali broadband aku hilang. Harap janganlah berlaku untuk kali ketiga.

DAH JATUH TANGGA, DILAGGAR PULAK DENGAN LORI

Itu yang aku dapat ungkapkan untuk menggambarkan situasi sekarang.

Hari ni aku cuti. Jadi aku ambil kesempatan untuk terminate simkad broadband aku. Bila sampai dekat kedai yang nak dituju terbaca satu banner 'akan berpindah ke taman ungku tun aminah jalan laksamana 1'. Mulut aku macam nak mencarut jek time tu. ok Malas nak pikir panjang, aku terus cari kedai tu sampai jumpa. dalam hati berkata 'memang aku hafal nama jalan tu kan'. Berpusing2 aku dekat area tun aminah harini.

AKHIRNYA! jumpa pon kau kedai! dalam hati terdetik lagi 'aku tadi dah agak dekat area sini, kenapalah tak pergi sini dulu tadi!'

LEPAS KENA LANGGAR, TERJATUH PULAK DALAM LONGKANG YANG PENUH DENGAN TAIK!

DAH BACA tajuk diatas. Ini menggambarkan nasib aku lepas ni.

ok dah terminate broadband. terus buat yang baru. Dalam perjalanan balik terasa perut ni sangat lapar. Tiba2 teringat burger MCD. ok JOM beli. Sampai je tegok jam, 'Alamak terlepas mc value lunch!' Lantaklah, beli jela. Aku dah lapar sangat ni. Sampai mcd tu, tiba2 order ayam goreng n bubur mcd pulak. Entahlah, rasa nak tukar selera.

Sampai rumah. Tengok bubur yang dibeli tadi tumpah. ARGHH..dapat rasa sikit jela. OK itu tak apa lagi. Seluk kocek. Mana kunci rumah ni?? ARGGHH! WEI KOCEK! kenapa kau buat aku nak marah je dua tiga hari ni? Aku telefon mak aku. Nasib baik dia bawak kunci spare. ok lepak rumah cik zizah lah dulu sementara tunggu mak aku balik. then aku kongsi ayam tadi dengan makcik aku. ATLAST, dapat jugak pahala disebalik musibah yang diuji ALLAH ni.




* hidup kalau tak ada kesusahan, tak mencabaranlah kan?
* berfikiran optimistik: mungkin ada yang tersirat disebalik semua ni...
* release tension: jom tengok supermak dekat tv3 sekarang! macam best jek

6 comments:

atira ator said...

siyesly aku kesian kat ko,,,,
tp at the same time npe aku ketawa???
ok3,,,,siyes,,,cian kat kwn aku ni,,,,
aku rs kn ko kne tgk kocek ko dulu la,,,
kocek ko bocor kot,,,=))

Anonymous said...

dah make sure kan ke kunci rumah tu hilang?baik ko tukar tombol pintu terus, buat kunci lain..bahaya tau...

pu3_luve said...

keciannya....~

mikeyvio said...

lorh..igtkan apa..btw, tmpang simpati.

NUARAHMAN said...

ator : jahatnye..kenape kau ketawa!

hanum: tak pon..insyallah xde pape kot..

pu3_luve dan missViVio : terima kasih kerana bersimpati..

atira ator said...

sbb aku nk ketawa la!!!
x'kn ketawa aku boleh nagis,,,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...