Balik sahaja dari solat jumaat aku terus bergegas pergi kerja. Sampai dekat johnny's restaurant lebih kurang pukul 2.20 petang. Dan terus diperkenalkan kepada dua orang manager miss wani dan miss ila. Dua-dua manager yang sangat baik.
Aku, Ifah, Faris (belakang) |
BORING.
Mungkin itu ayat pertama yang boleh disimpulkan. Yelah tempat barukan. Tak ramai customer pon dekat sana. Restoran pon tak ada lah besar sangat. Pusing2 jumpa orang yang sama. Tak tahu nak buat apa. buntu pon ada. Nasib baik lah ada dua orang staf yang dah aku kenal; Dalowar dan Deni. Adalah borak2 kosong sikit. Tapi yang bestnya dekat sini tak ada PRESURE. Manager pon tak adalah suruh arah sana-sini. Yang penting kita tak curi tulang sudah.
AWKWARD.
Rasa tak selesa pon ada jugak. Kerja serba tak kena je. Ada je benda lupa nak siapkan bila ambil order. sudu tak bagi. asyik tertukar tempat order. nombor meja pulak sumpah tak boleh nak ingat dalam masa satu hari. Macam berterabur jek.
KENAPA DENGAN MUKA DIA?
Adalah sorang staff ni. Memek muka dia buat aku nak ketawa. Sangat kelakar. Macam bagus jek segala gerak geri dia. Ni kira mengumpat ke? ok STOP! hehe...
TIBA-TIBA RASA NYESAL!
Apa yang aku menyesal sangat ni? Ni hah...masa keja tadi ade dua orang cashier perempuan jusco makan dekat johnny's. Peh! yang sorang tu...memang taste aku seyy! Kalaulah aku terima offer jusco haritu? mesti aku dah usha...adoyai. Tak apelah. Tak ada rezeki. (cukup2lah berangan nuar. macamlah dia nak kau! haha..)
ESOK DAH MASUK TAMAN U BALIK KE?
Tiba-tiba miss ila bagi tahu, esok aku akan kerja dekat taman u semula. Satu hari je dekat sini? kata sampai ahad. Tak berbaloi sungguh! Kat sana pulak tak cukup staff. Manager aku lagi sorang tak ada esok, so terpaksa aku pergi ke sana semula. Ermm.. nak buat macam mana. Nasib pekerja bawahan macam aku ni. Ikut jela cakap orang besar.
SINGGAH JUSCO
Balik keja aku saja je lalu depan supermarket jusco tu. Manalah tahu ada yang kenal ke. tetibe nama aku disebut. ZUL! Lah dia keja jusco balik ke. borak2 sikit dengan dia. Owh die baru masuk isnin haritu. Lepas tu aku nampak kak wani. tegur die kejap je, Then terus balik.
aku, Miss Intan, Ema |
* dah tak ade shopping centre lain ke aku nak keja ek? Mungkin jodoh dengan jusco panjang kot.
* harap2 dapat jumpa cashier tu lagi. AMIN. hehe...
1 comment:
ok la tu...sekurang-kurangnya tak panas..heheh
Post a Comment