TAB

Tuesday, May 17, 2011

MEMENDAM RASA 'ego seorang adam, penantian seorang hawa" -BAHAGIAN KE-2-

Kepada pembaca yang belum membaca siri pertama sila klik link dibawah ini :
MEMENDAM RASA 'ego seorang adam, penantian seorang hawa' - BAHAGIAN 1 -



(Dua bulan sebelum Kamal membuat keputusan untuk bersama semula dengan Syida)


---- di perpustakaan

"Stressnya dengan nombor-nombor ni. Tak sukalah. Dari tadi saya buat masih tak balance"

"Apa yang awak tak faham ni? Tadikan saya dah ajar. Mari saya tengokkan apa yang salah" bicara Farid lembut kepada Syida.

Farid lebih kepada praktikal manakala Syida lebih rela menghafal sebuah buku teks yang tebal dari membuat sebarang latihan kira-kira.

"Dulu kalau saya tak faham Matematik, Kamallah yang akan menjadi guru kepada saya. Tapi dia lain sikit dengan awak. Dia garang. Kalau saya tak faham mesti dia akan cubit saya. Kadang-kadang sampai saya menangis!"

"Owh, yeke?" balas Farid ringkas.

"Yalah. Tapi bila saya menangis mesti dia akan pujuk"

"Baguslah"

"Kalau saya masih lagi merajuk, dia belikan saya coklat. Tak pun aiskrim. Konon nak pancing sayalah tu"

"Dah habis?"

"Hah?"

"Saya datang sini nak belajar. Bukan nak dengar cerita cinta awak yang dah terkubur tu!" Farid mengelamun. " Eh. Tak ada apa-apa. Awak mesti sayang sangat dekat Kamal tu kan?"

"Sayang. Tapi semuanya hanya tinggal kenangan. Entah kemana dia menghilang. Mungkin dia ada pengganti yang lebih baik"

"Kali terakhir awak jumpa dia bila?"

"Dua bulan sebelum saya masuk universiti. Lepas tu lesap. Hilang tanpa sebarang berita"

"Sudahlah tu awak. Bas bukan sebuah. Penumpang juga bukan seorang. Kalau satu bas terlepas pasti akan ada bas yang berikutnya"

"Bas?"


(Dua hari selepas Kamal membuat keputusan untuk bersama semula dengan Syida)


---- di asrama

"Dia langsung tak tunjukkan reaksi yang menandakan dia cemburu atau marah dekat aku, Nadia"

"Mungkin dia memang menanggap kau sebagai kawan sahaja. Tak Lebih dari tu. Syida, mungkin kehadiran Kamal pada masa ini tepat. Mungkin Allah memang nak menyatukan kau dengan Kamal kembali"

"Tapi aku dah mula rasa sayang dekat Farid"

"Kenapa kau tak berterus terang saja"

"Kau gila? Takkan aku yang nak mula langkah?"

"Zaman dah moden" jawab  Nadia ringkas.

"Aku takut bertepuk sebelah tanganlah"

"Kalau dia dah sanggup buat apa saja untuk kau, apa maknanya tu? Masa kau tertinggal buku kau dekat McD dulu? Siapa yang tolong ambilkan? Farid kan? Dia sanggup ambilkan walaupon masa tu hujan"

"Tapi aku tak yakin"

"Aku rasa baik kau lupakan perasaan kau pada Farid. Kau boleh teruskan hubungan kau dengan dia tapi hanya sebagai seorang sahabat. Lagi 2 bulan Kamal nak balik. Baik kau teruskan hubungan kau dengan Kamal. Kalau aku prefer ambil orang yang sayang aku dari mengharap perasaan orang lain yang belum pasti. Macam aku dengan Syafiq. Sayang menyayangi, kasih mengasihi"


(Dua bulan selepas Kamal membuat keputusan untuk bersama semula dengan Syida)


---- di lapangan terbang

"Sorrylah saya tak perasan awak tadi. Rambut awak tu. Dah panjang. Lama ke awak tunggu?"

"Adalah dalam 20 minit" Kamal berbicara seolah-olah diminta simpati.

"Lamanya. Saya belanja awak makan, nak?"

"Nak ambil hati lah tu. Kereta siapa awak pinjam ni?"

"Kawan Farid, Syafiq"

"Owh, Farid kawan baik awak dekat kampus tu? Saya tak halang awak berkawan tapi dia laki, saya lelaki, awak perempuan. Saya takut dia ada perasaan dekat awak je"

"Hah, itu pun keretanya, jom" Syida memintas kata-kata Kamal. Kamal memang kuat berleter. Tapi dia lakukan itu semua sebab sayangkan kekasihnya. "Lepas makan saya hantar awak dekat stesen bas pula. Saya dah belikan tiket awak ke JB. Pukul 5 petang"


Di suata kawasan yang lain di lapangan terbang itu juga.

"Thanks Farid sudi pickup aku. My father outstation. My mom pula, macamlah kau tak kenal kan. Busy je dengan persatuan-persatuan dia"

"It's ok. By the way, aku pakai kereta sewa je. So kene cepat-cepatlah. Ingatkan nak guna kereta kawan aku tapi ada orang pinjam pula"

"I don't mind. Nanti kau hantar aku ke rumah. Then, aku pakai kereta my father keliling bandar. Dah lama rasanya tak hirup udara Malaysia! Aku belanja kau"


---- di restoran mamak

"Aku respect  kau lah Sara. Study oversea tapi masih ingat lagi dekat mamak"

"Eh mestilah. Inikan tempat kita lepak sama-sama dulu. Pondok bas pon aku ingat lagi, ini kan pula tempat lepak kita"

"Pondok bas! Dekat situlah aku kenal kau. Masa itu kau menangis"

"Mana tak menangis kalau kena tinggal bas. Nasib baik ada kau. Alamak, aku nak pergi ladies kejap lah. Kau tak kisah kan?"

"Kalau aku kisah? Tak adalah aku gurau je"

Sejurus selepas Sara pergi ke tandas, telefon bimbitnya yang ditinggalkan diatas meja berdering. Farid cuba menjeling ke arah telefon bimbit berkenaan.

"Baby Kamal?" Farid terkejut. Dia cuba melihat dengan lebih jelas lalu mengambil telefon bimbit berkenaan untuk memastikan gambar pemanggil tersebut.

"Sah Kamal!"


---- di restoran makanan segera

"Awak tahukan sebab apa saya tinggalkan awak dulu. Saya nak focus on study for the first year. Lagi pun saya tak nak sia-sia biasiswa kerajaan yang membantu saya ni"

"Ya, saya tahu. Dah lebih dua kali awak beritahu. Saya dah maafkan"

"Terima kasih. Kepulangan saya ni pun sebab ada makna yang lebih besar. Insyallah dalam dua minggu lagi, keluarga saya datang meminang awak"

"Awak serius ke?"

"Ini cincinnya awak. Saya nak kita ada satu ikatan yang kukuh. Tak nak lagi buat awak tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya. Saya nak hubungan kita bukan hanya sebagai kekasih tapi lebih dari itu" terang Kamal dengan panjang lebar.


(Dua minggu selepas kepulangan Kamal dan Sara)


---- dalam perjalanan pulang ke asrama

"Aku mesti beritahu dia, fiq"

"Kau pasti ke?"

"Sangat pasti! Mulut mungkin boleh menipu tapi mata ni tidak"

"Dah terlambat. Esok mereka dah nak bertunang"

"Apa? Kau jangan bergurau!"

"Betul. Semalam aku terbaca dekat wall facebook Syida"

"Kenapa aku tak tahu?"

"Engkau kan dah lama tak bukak FB. Manalah nak tahu"


---- di majlis pertunangan Kamal dan Syida

Telefon berdering.

"Nadia, tolong angkatkan. Aku tengah bersiap ni" pinta Syida.

"Owh kau Farid, nak apa?"

"Aku nak bercakap dengan Syida kejap. Please pass dekat dia"

"Syida, Farid" kata Nadia sambil memberi telefon bombit itu kepada Syida.

"Kalau awak sayang saya tolong jangan teruskan majlis ini"

"Tapi kenapa? Awak ini bukan perkara main-main"

"Siti Sara binti Ibrahim! Cuba awak tanyakan nama ini dekat Kamal. Kalau dia kenal maknanya dia telah curang dekat awak!"

"Apa ni Farid. Saya tak faham!" Syida semakin cemas.

"Awak jangan risau sekejap lagi saya datang. Saya akan beritahu segala-galanya"

Panggilan dimatikan.

Syida bangkit menuju ke ruang tamu. Tanpa menghiraukan tetamu yang hadir, Syida melontarkan suara yang agak kuat kepada Kamal yang ketika itu berada dikereta.

"Awak kenal ke Siti Sara binti Ibrahim?!"

"Err...kenapa ni Syida?"

"Jawab pertanyaan saya dulu!"

"Ya memang saya kenal"

"Sampai hati awak!" Sara meninggikan suara sambil berjalan mendekati Kamal.

PANGG!!! Satu tamparan kencang singgah di pipi Kamal.

"Syida! Awak dah kenapa? Apa kaitan nama tu dengan majlis kita ni?"

"Tak payah kau nak berdalih buaya!" suara Farid tiba-tiba muncul dari penjuru pintu rumah. "Sanggup kau mainkan perasaan Syida"

"Farid?"

"Sara?" farid menyahut panggilan itu dan bertambah keliru.

"Apa kau dah buat ni farid?"

"Kau pulak buat apa?"

"Aku nak tengok sepupu aku bertunang"

"Kamal?"

"Ya!"

"Tapi dalam telefon ko. Baby Kamal..."

"Memang itu kamal. Itu nama timangan dia. Sejak kecil lagi aku panggil dia Baby!"

"Apa?" Farid merasa bersalah. "Syida, Kamal maafkan aku. Aku tak bermaksud nak..."

"Sudah, sudah. Hentikan semua ini. Sekarang semuanya sudah jelaskan? mari kita teruskan majlis" bapa Kamal, Ahmad tiba-tiba bersuara.


(Dua tahun selepas majlis pertunangan Kamal dan Syida, atau lebih tepat lagi setahun selepas tamat pengajian mereka di universiti)

Ketika itu Farid juga telah bertunang dengan seorang gadis pilihan ibunya. Pengalaman telah mengajarnya untuk tidak bercinta. Semasa di Universiti hidupnya lebih tertumpu terhadap pelajaran. Syida adalah sahabat baik perempuan yang pertama dan terakhir dia kenal disana. Oleh sebab itu dia putuskan untuk menerima sahaja jodoh yang dipilih oleh ibunya. Kini hidupnya telah berjaya dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Dalam mengenal hati budi bakal isterinya, Farid membawa tunangnya itu makan disebuah restoran makanan segera kegemarannya. Harapanyna agar sinar cinta akan berputik antara dia dan tunangnya, Farhana.

"Abang kata restoran ni menyimpan kenangan terindah semasa zaman belajar dulu?" Farhana tiba-tiba menyoal Farid.

"Ya. Abang selalu overnight study dekat sini"

"Dengan siapa? Mesti buah hati kan?"

"Tak adalah. Kawan baik abang. Erm...Awak nak sos tak? Farid cuba untuk tidak mengingat kembali kisah lama.


---- di tempat mengambil sos

"Farid!"

"Syida ke?"

"Ya lah. Tak kan dah lupa sahabat lama?"

"Mana boleh lupa. Awaklah dulu yang tolong saya dalam subjek marketing. Cuma saya tak berapa cam. awak dah bertudung sekarang?"

"Alhamdulilah. Syafiq cakap awak dah bertunang sekarang. Tak nak tunjuk bakal isteri ke? Majlisnya bila?"

"Insyallah tahun hadapan. Pilihan Ibu saya. Awak macam mana? Anak dah berapa?"

"Saya belum kahwin lagi"

"Bila lagi Kamal nak buat awak bini ni, tak sabar saya. Apa kata saing saya je tahun hadapan?" Farid cuba berlawak.

"Saya dengan dia dah lama putus. Dua bulan selepas kami bertunang dia ditangkap khalwat. Awak tahu dengan siapa? Siti Sara Binti Ibrahim! Kalaulah..."

"Maaflah. Saya tak tahu pun" Farid memotong kata-kata Syida untuk tidak membuatkan dia bersedih lagi. "Tak apa lah. Dah tak ada jodoh. Insyallah suatu hari nanti pasti akan ada pengganti yang lebih baik"

"Mana tunang awak? Kata nak kenalkan?" Syida cuba mengubah topik.

"Owh, mari"


---- di meja makan

"Awak saya kenalkan, sahabat baik saya semasa saya belajar dulu, Syida" Farid memperkenal Farhana kepada Syida.

"Cantik pilihan ibu awak. Farid saya tak boleh lama ni. Tengah on duty. Apa-apa hal mesej ya?"

"Datanglah ke majlis perkahwinan kami nanti" jemput Farhana.

"Insyallah" jawab Syida sambil berlalu pergi.

Syida pergi meninggalkan Farid dan Farhana dengan linangan air mata. Sebelum keluar dari pintu restoran Syida sempat menoleh kebelakang untuk memandang Farid buat kali terakir. Ketika itu, Farid juga memendang Syida. Mata mereka bertentangan. Satu pandangan yang tidak membawa apa-apa erti lagi. Jika dulu lahirnya cinta yang tersembunyi antara mereka, namun sekarang semuanya sudah terlambat.




* TAMAT sudah cerita ni. Harap korang berpuas hati walaupon ending dia sedikit klise...
* Pengajaran dari cerita ini ialah : jodoh itu ketentuan tuhan. Walaupon kita asyik bercinta ataupun bertunang sekali pun dengan seseorang tu, namun jika dikatakan itu bukan jodoh kita maka tidaklah jawabnya.
* Kepada pembaca diluar sana, sekiranya ada simpan perasaan terhadap seseprang tu luahkan selagi berkesempatan. Tak kira sama ada anda lelaki atau perempuan. Kita tak rugi apa-apa kalau berturus terang terhadap insan yang kita betul-betul cintai.
* Insyallah sekiaranya da permintaan atau masa yang panjang, akan ada lagi cerpen yang akan dikongsikan.
* Pesanan terakhir : sekiranya anda yakin bas yang anda naiki itu membawa ke destinasi yang ingin dituju, naikilah ia. Kerana jika terlepas, untuk menunggu bas yang berikutnya memerlukan masa yang agak lama atau mungkin juga mustahil. SEKIAN.

7 comments:

Unknown said...

aku da banyak bas. mcm mane nak pilih? hehehe

NUARAHMAN said...

Pilih bas express cepat sikit sampai~ haha

atira ator said...

pe kes bas express???

miz mirah said...

ok laa....pasnie ator,ko ckp je ko suka kat imam..nuar pasnie jujur laa pada pda,ko suka dye..bis cter...takot terlepas bas plak..hehe

NUARAHMAN said...

Ok mim ko lak..jgn lupe mengaku prasaan ko kat nash..haha
Betol x ator?

(hamik kau!)

Anonymous said...

thumbs up!padat and mudah difahami kerana level bahasa yg awak guna tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah..

harap awk bolh tulis lagi...

NUARAHMAN said...

Tq hanum..sy mmg xpandai bunga2 ni..tq bace
Mmg nak buat lagi..tp tulah mase xmengizinkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...