TAB

Monday, July 25, 2011

Maaf, Jodoh Kita Tak Lama

Macam-macam berlaku sejak dua tiga hari ni. Serabut sangat kepala!

TIADA LAGI 'VIA ANDROID'

Cerita pertama yang aku nak beritahu pasal handphone xperia aku. HILANG! Aku sedar handphone tu hilang masa nak pergi solat. Seluk-seluk poket. EH2..mana handphone aku ni??! terasa hati tak tenang sangat masa tu. Nak solat pon rasa tak betol. ARGGH! Tak pernah aku hilang handphone sebelum ni. Entah kemana agaknya dia hilang. Aku rasa mungkin tercicir masa aku seluk dekat poket dekat trafik light. 

Dua handphone aku sebelum ni setia je dengan aku. N70 aku dah lebih 5 tahun aku pakai. Handphone sony aku dulu pon hampir 2 tahun aku pegang sebelum aku jual dekat kedai. Tapi kau XPERIA X8! Kenapa kau curang dengan aku! Nak nangis pon dah tak guna rasanya. Aku tak sangka kau hadir hanya untuk seketika. Siapalah yang beruntung dapat kau agaknya...

Namaun, kenangan bersama kau aku tak akan lupa. Aku selalu gunakan kau untuk berfesbuk, update status. Aku juga gunakan kau untuk update foursquare aku. Lepas ni dah tak dapatlah nak check-in sana sini guna foursquare. Aku juga boleh tengok blog aku ni dari badan kau. Tak lupa juga, Youtube sentiasa menjadi peneman antara aku dan kau dikala sunyi. Amat terasa kehilangan kau disaat ini.

BAGAI JATUH DITIMPA TANGGA

Bukan handphone je hilang. Simkad broadband aku pon hilang sama. Sebab aku letak simkad tu dalam xperia. kenapa malang sangat nasib aku ni. Ni bukan sekali, tapi dah dua kali broadband aku hilang. Harap janganlah berlaku untuk kali ketiga.

DAH JATUH TANGGA, DILAGGAR PULAK DENGAN LORI

Itu yang aku dapat ungkapkan untuk menggambarkan situasi sekarang.

Hari ni aku cuti. Jadi aku ambil kesempatan untuk terminate simkad broadband aku. Bila sampai dekat kedai yang nak dituju terbaca satu banner 'akan berpindah ke taman ungku tun aminah jalan laksamana 1'. Mulut aku macam nak mencarut jek time tu. ok Malas nak pikir panjang, aku terus cari kedai tu sampai jumpa. dalam hati berkata 'memang aku hafal nama jalan tu kan'. Berpusing2 aku dekat area tun aminah harini.

AKHIRNYA! jumpa pon kau kedai! dalam hati terdetik lagi 'aku tadi dah agak dekat area sini, kenapalah tak pergi sini dulu tadi!'

LEPAS KENA LANGGAR, TERJATUH PULAK DALAM LONGKANG YANG PENUH DENGAN TAIK!

DAH BACA tajuk diatas. Ini menggambarkan nasib aku lepas ni.

ok dah terminate broadband. terus buat yang baru. Dalam perjalanan balik terasa perut ni sangat lapar. Tiba2 teringat burger MCD. ok JOM beli. Sampai je tegok jam, 'Alamak terlepas mc value lunch!' Lantaklah, beli jela. Aku dah lapar sangat ni. Sampai mcd tu, tiba2 order ayam goreng n bubur mcd pulak. Entahlah, rasa nak tukar selera.

Sampai rumah. Tengok bubur yang dibeli tadi tumpah. ARGHH..dapat rasa sikit jela. OK itu tak apa lagi. Seluk kocek. Mana kunci rumah ni?? ARGGHH! WEI KOCEK! kenapa kau buat aku nak marah je dua tiga hari ni? Aku telefon mak aku. Nasib baik dia bawak kunci spare. ok lepak rumah cik zizah lah dulu sementara tunggu mak aku balik. then aku kongsi ayam tadi dengan makcik aku. ATLAST, dapat jugak pahala disebalik musibah yang diuji ALLAH ni.




* hidup kalau tak ada kesusahan, tak mencabaranlah kan?
* berfikiran optimistik: mungkin ada yang tersirat disebalik semua ni...
* release tension: jom tengok supermak dekat tv3 sekarang! macam best jek

Saturday, July 23, 2011

ber-outstation

Hari ini aku ditugaskan untuk bekerja di jusco bukit indah. Tak cukup staf katanya. Dapatlah juga rasa bekerja di luar kawasan atau orang putih cakap OUTSTATION. hehe... Walaupon suasana dekat jusco bukit indah tu aku dah biasa sebenarnya.

Balik sahaja dari solat jumaat aku terus bergegas pergi kerja. Sampai dekat johnny's restaurant lebih kurang pukul 2.20 petang. Dan terus diperkenalkan kepada dua orang manager miss wani dan miss ila. Dua-dua manager yang sangat baik.

Aku, Ifah, Faris (belakang)
BORING.

Mungkin itu ayat pertama yang boleh disimpulkan. Yelah tempat barukan. Tak ramai customer pon dekat sana. Restoran pon tak ada lah besar sangat. Pusing2 jumpa orang yang sama. Tak tahu nak buat apa. buntu pon ada. Nasib baik lah ada dua orang staf yang dah aku kenal; Dalowar dan Deni. Adalah borak2 kosong sikit. Tapi yang bestnya dekat sini tak ada PRESURE. Manager pon tak adalah suruh arah sana-sini. Yang penting kita tak curi tulang sudah.

AWKWARD.

Rasa tak selesa pon ada jugak. Kerja serba tak kena je. Ada je benda lupa nak siapkan bila ambil order. sudu tak bagi. asyik tertukar tempat order. nombor meja pulak sumpah tak boleh nak ingat dalam masa satu hari. Macam berterabur jek.

KENAPA DENGAN MUKA DIA?

Adalah sorang staff ni. Memek muka dia buat aku nak ketawa. Sangat kelakar. Macam bagus jek segala gerak geri dia. Ni kira mengumpat ke? ok STOP! hehe...

TIBA-TIBA RASA NYESAL!

Apa yang aku menyesal sangat ni? Ni hah...masa keja tadi ade dua orang cashier perempuan jusco makan dekat johnny's. Peh! yang sorang tu...memang taste aku seyy! Kalaulah aku terima offer jusco haritu? mesti aku dah usha...adoyai. Tak apelah. Tak ada rezeki. (cukup2lah berangan nuar. macamlah dia nak kau! haha..)

ESOK DAH MASUK TAMAN U BALIK KE?

Tiba-tiba miss ila bagi tahu, esok aku akan kerja dekat taman u semula. Satu hari je dekat sini? kata sampai ahad. Tak berbaloi sungguh! Kat sana pulak tak cukup staff. Manager aku lagi sorang tak ada esok, so terpaksa aku pergi ke sana semula. Ermm.. nak buat macam mana. Nasib pekerja bawahan macam aku ni. Ikut jela cakap orang besar.

SINGGAH JUSCO

Balik keja aku saja je lalu depan supermarket jusco tu. Manalah tahu ada yang kenal ke. tetibe nama aku disebut. ZUL! Lah dia keja jusco balik ke. borak2 sikit dengan dia. Owh die baru masuk isnin haritu. Lepas tu aku nampak kak wani. tegur die kejap je, Then terus balik.

aku, Miss Intan, Ema



* dah tak ade shopping centre lain ke aku nak keja ek? Mungkin jodoh dengan jusco panjang kot.
* harap2 dapat jumpa cashier tu lagi. AMIN. hehe...

Wednesday, July 20, 2011

couple = SEKS



Siapa setuju dengan tajuk di atas? Apa yang korang nak bila bercouple? sebagai pasangan apa? Pasangan seperti tajuk di atas ke?


"Budak melayu sekarang kecik-kecik sudah pandai #@$%&!"

Aku terkejut gila bila sorang mamat bangla cakap dekat aku macam tu. Dan aku soal dia balik :

"Kenapa u cakap macam tu?"

"Yalah, kecik-kecik sudah ada couple. Mesti mahu %!$#@"

"Tak semestinya"

"So mahu apa?"

------- aku terdiam.

Melihat binatang berpelukan tak akan menimbulkan syak, tapi jika manusia?

Menang hati ni geram bila bangsa sendiri seperti dihina. Tapi salah siapa kalau bangsa sendiri tu pakai seksi meksi. Dedah sana sini. Aksi cium dan peluk, macam dah biasa bagi yang bercouple. Nama saja islam tapi perangai macam omputih je!

Aku memang tak mampu nak menjawab persoalan yang diajukan bangla tu. Sebab aku sekarang bukan dalam keadaan berpasangan. 

Jadi kepada sesiapa yang berpasangan tu, BOLEH TOLONG JAWABKAN?




* jangan biarkan bangsa sendiri dihina oleh bangsa lain.
* kalau dah gatal sangat, kawin terus!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...