TAB

Sunday, March 20, 2011

dari KL ke KL

cerita ini bermula ...
apabila aku sedar dari tidur pada maghrib jumaat yg lepas.
gelap! itu yg dapat aku gambarkan. tak ade karen ke rumah aku ni? aku cuba menghidupkan suis lampu. bernyala.
rupa-rupanya aku ditinggalkan keseorangan di rumah sewa ku di kota laksamana (inilah KL melaka...hehe...)
tam dan kamil balik kampung. imam pergi kem. aker?! mane kau! sampai hati ko tinggalkan aku keseorangan dalam kegelapan. haha...
aku mesej tanya die kat mane dan jadi tak plan malam ni? die kata "jadi, aku amik zureen dulu."

sampai ke destinasi dituju...
CELCIUS - satu tempat karaoke yg baru kat melaka ni.
entah apa mimpi die tetibe ajak karaoke. padahal minggu lepas baru karaoke kat jusco.

sebelum sampai ke celcius (dalam kerete) ...
"peh! ko baru beli seluar jeans ke?" tanya aku pada aker sebaik ternampak beg jeans levi's.
"tak lah."
bila aku tengok isi dalam beg tu... PAPADOM!
rupa-rupanya awek si aker ni bawak dtg dari perak semata-mata nak bg papadom pada buah hatinya!
beruntung gila kau aker..kalau aku dah menagis kalau ade awek camtu (tp masalahnya aku single..haha..)

dalam celcius...
3jam kitorang karaoke!
but mostly zureen yang banyak nyanyi. saje nak dera die sebab first time karaoke dengan die.
antara lagu yg kitorang nyanyi:
selamat malam
fuck you
kasih berubah
i'm yours
lucky
bila rasaku ini rasamu
rahasia perempuan
suara ku berharap
my heart will go on
layar impian
mahligai mu dari air mataku
   paling tak boleh bla bila aker nyanyi lagu jefrydin! entah ape tajuk die aku lupa.
   lastly amira zureena telah memilih lagu zombie sebagai penutup tirai.
itulah antara lagu2nya...banyak lagi sebenarnya.

perjalan balik...
aker telah mengajak kitorng pergi KL (ini baru KL sebenar..hehe)
aku dan zureen on jek. memandangkan xde bende nak buat malam tu.

dari melaka ke KL...
lebih kurang 2jam perjalanan.
lepas amik awek aker, kitorang pergi makan kat kedai mamak. aku makan mee hong long, zureen mee goreng aker nasi goreng thai. awek aker x makan. (nama die lely - lupe nak beritahu)

then aker bawak kitorang jalan2 dalam highway. highway demi higway. tol demi tol.
aku sebenarnya tak tahu manalah si aker ni nak pergi. lastly aku decide tido je dalam kete. haha

bila bangun, rupanya masih dalam highway lagi...
rupanya die nak anta lely je..
mmg best dan indah sungguh perjalanan di pagi buta di dalam highway.

lepas hantar lely dekat bukit jalil, kitorang balik.
singgah kejap kat petronas utk solat subuh.

perjalan balik ke melaka...
perut aku memulas. berhenti kejap dekat perhentian utk melempiaskan hajat yang terpendam. (hehe..paham2 lah ye)

sampai melaka...
singgah kejap breakfast dekat mamak dekat dengan 7e.
lepas hantar zureen kitorang balik menuju ke rumah KL kitorang yg indah lagi permai...

sampai dirumah...
aker terus tidur. aku seperti biasa online fb kejap. dalam pukul 12 baru tidur...

* rasa seronok bila buat kerja gila. bak kata zureen "bila lagi nak buat bende gila kalau tak time study ni!"
* aker kalau rase nak buat kerja gila lagi, ajak je aku ok!

Sunday, February 27, 2011

konvoi ke Gunung Ledang

26/02/11


07.50 pagi - aku bangun dari tidur. terus mandi dan solat subuh (apa nak jadi. selalu lambat solat subuh!)

09.00 pagi - aku, azri dan syakir bergerak ke rumah nash. tam da gerak dulu sebab nak kejutkan pacai. kamil pulak tak nak  ikut. sampai rumah nash, rupanya diorang baru bangun! menyirap jugak. janji pukul 9!

09.10 pagi - sementara tunggu diorang bersiap kitorang bertiga pergi sarap kat sebelah kedai air free. aku makan roti canai 1, roti telur 1 dan teh terik. dapatlah mengisi perot yg lapar ni. tunggu punya tunggu diorang tak smapai lagi. sampai kitorang cadang nak cancelkan je konvoi ni. panjang umur diorang. sampailah tam, pacai, wan, nash, shuk, awok, is, zarif dan orang terakhir sampai fad. semua sekali 12 oarang dengan 8 buah motor.

10.50 pagi - memulakan perjalan ke gunung ledang. perjalanan pergi agak slow sebab masing2 bawak slow. bagus jugak sebab motor aku nie ex5 standard je. kalau nak lawan motor2 diorang mmg tak dapat lah!

11.35 pagi - singgah sekejap di rumah tam. ingatkan nak makan dulu. tapi diorang decided balik nanti baru singgah. bak kata syakir : aku J-ENTER!


12.50 tghri - sampailah di gunung ledang. tak tahu lah pulak masuk gunung ledang ni kena bayar! satu kepala rm1 dan 1 motor rm1. nasib baiklah muarh je. kalau tak siaplah kau tam! haha... sampai2 terus park motor dan memulakan pendakian. tujuan kitorang pergi ke sini bukanlah nak mendaki sampai ke puncak! tapi just nak mandi air terjun je! hehe...

01.05 ptg - lepas dapat port baik dan agak tinggi jugak kitorng mendaki. apa lagi? jom mandi! kitorang mandi kat banyak tempat. berpindah randah. haha...



02.55 ptg - diorang ajak balik sebab dah lapar. balik?? serius ar? aku belum puas mandi! tapi tak pe lah. disebabkan aku tak tahu jalan balik, so terpaksalah follow.





03.05 ptg - lepas tukar baju dan bersiap. maka turunlah kami ke bawah dengan perut yg sangat lapar! sempat jugak beli cenderahati dari gunung ledang. agak lama jugak memilih cenderahati. dah dapat yg berkenan terus sambar! aku dengan tam je yg beli. budak2 lain tunggu kat motor. mesti panas hati diorang sebab tunggu lama. haha... lepas tu kitorang bergerak ke rumah tam dengan harapan nak makan!

04.30 ptg - sampai rumah tam. tengok jam sempat lagi solat zohor. kitorang pon buat solat zohor berjamaah. (alhamdulilah) lepas solat mka tam pelawa makan. apa lagi kitorang pon serbu. mmg sedap mak tam masak! kami dihidangkan dengan mee kari dengan segala macam isi. ada ayam, udang, sotong, tahu kerang dan macam2lah! best! samapi aku tambah 2kali.

05.00++ ptg - puas menjamu selera. kitorang pon balik. tak sempat nak salam dengan mak tam sebab dia keluar kejap. sorry makcik. tapi masakan makcik mmg meletop!

06.20 ptg - sampai lah rumah aku di kota laksamana ni. sementara menunggu masuk maghrib aku pon tidur!
ZZZzzZZZzzz...

* pengajaran: lain kali pergi awal. so dapat lah berendam lagi lama!
* gambar telah dirembat dari fb is. Credit to ismarudin. thanks..

Sunday, February 6, 2011

pergolakan di mesir : prihatikankah kita?

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, aku terpanggil untuk menulis bagi mengajak rakyat malaysia sekalian turut sama-sama prihatin tentang isu ini. Sekali pun kita tidak mempunyai saudara mara di sana apa salahnya sebagai saudara seislam kita sama-sama berdoa agar rakyat malaysia di sana dalam keadaan selamat dan dilindungi oleh Allah SWT. Berdoalah juga agar nasib yang serupa tidak menimpa tanah air yang tercinta ini. AMIN~


APA SEBENARNYA YANG BERLAKU ?
Mengikut apa yang aku tahu, (sila betulkan sekiranya ada sebarang kesilapan) krisis yang berlaku di bumi mesir tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati penyokong anti-Hosni Mubarak terhadap presiden mereka itu.
PRESIDEN HOSNI MUBARAK

Hosni Mubarak telah memerintah Mesir selama 30 tahun - satu tempoh masa yang agak panjang (nasib baik tak ada orang yang protes semasa pemerintahan Tun Dr Mahatir).

Rakyat Mesir tidak berpuas hati terhadap presiden mereka itu kerana Mubarak dituduh memimpin negara dengan tidak cekap. Rakyat Mesir mahukan perubahan dalam tampuk pemerintahan negara. Selama memerintah Mesir, Mubarak dianggap punca segala korupsi yang berlaku. Rakyat juga mendesak pemerintahan yang lebih adil dari segi politik, undang-undang, hak milik awam, kebebasan bersuara dan macam-macam lagi.

Rusuhan ini juga dipengaruhi oleh "Kebangkitan Tunisia" yang berlaku beberapa minggu lalu. Difahamkan ada pununjuk perasaan yang membakar bendera Tunisia sebagai simbolik kepada kebangkitan negara tersebut.

Sekurang-kurangnya sejuta penduduk yang terdiri daripada pelajar, doktor, pengaggur dan lain-lain telah berhimpun di serata Mesir bagi mendesak peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak! Perhimpunan tersebut telah diadakan pada hari jumaat, 28 Januari 2011.








APA KERAJAAN MESIR BUAT ?
Bagi menyelesaikan masalah pihak kerajaan Mesir ada mengambil beberapa tindakan yang kononnya akan menyelesaikan masalah ini. Namun hasilnya?


Melantik Naib Presiden dan Perdana Menteri yang baru. Namun rakyat masih mahukan tindakan yang lebih drastik.

Mungkin pilihanraya adalah jalan terbaik. (pendapat aku) Namun ada juga yang mengatakan pilihanraya tidak sesuai buat masa sekarang kerana suasana yang masih  kucar kacir.

Mungkin juga ini adalah satu lagi revolusi kepada Mesir selepas revolusi yang berlaku pada 1919 dan 1952. Pada 1919 rakyatnya telah menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Manakala tahun 1952 menyaksikan sistem pemerintahan Mesir bertukar dari sistem beraja kepada sistem republik.


Sekatan akses internet. Kerajaan Mesir mengambil tindakan terbabit kerana pihak perusuh melebarkan strategi dan pendapat menerusi laman sosial di internet.

Mesir juga meminta bantuan polis dan pihak tentera bagi mengawal ketegangan yang berlaku. Namun ura-ura mengatakan usaha tersebut sia-sia kerana terdapat segelintir polis dan tentera yang berpaling menyertai rusuhan.


Kerugian yang dialami oleh kerajaan Mesir akibat rusuhan tersebut juga mencecah jutaan ringgit!


APA MALAYSIA BUAT ?
Disebabkan ribuan rakyat Malaysia yang berada di Mesir atas urusan kerja, belajar dan sebagainya kerajaan mengambil inisiatif untuk memindahkan rakyat ke tempat yang lebih selamat. TUDM, MAS dan Air Asia sama-sama menyumbangkan pesawat mereka bagi memindahkan rakyat dari Mesir ke Jeddah. Pihak Tabung Haji juga turut sama membantu dari segi penginapan mendapatkan Visa dan sebagainya.

Perdana Menteri kita juga menjamin untuk menanggung sepenuhnya perbelanjan penerbangan dari Jeddah ke KLIA.

Terdapat juga NGO yang turut sama mahu membantu seperti kutipan derma yang dijalankan oleh pihak TV3.

Namun disebalik itu, terdapat juga segelintir pihak cuba memburukkan nama Malaysia dilaman sesawang dan sosial. Ada pihak yang mendakwa terdapat pelajar yang dirogol dan ada juga yang mengatakan mereka terpaksa membayar kos penerbangan dari Mesir ke Jeddah.

Aku juga turut menerima satu 'page' dari facebook yang mendakwa dia adalah pelajar di Mesir dan keadaan yang digambarkan oleh media adalah sebaliknya berlaku. Bukan aku tak mahu percaya namun hanyalah berhati-hati untuk tidak mudah diperdayakan oleh mana-mana pihak

Kenapa dan mengapa ada pihak yang sanggup menabur fitnah disana sini? Adalah lebih baik sekiranya kita mendoakan mereka kesejahteraan mereka disana.

Bersyukurlah kehadrat Allah SWT, kerana mengurniakan kita negara yang bebas dari sebarang pergolakan yang serius.

Untuk maklumat terkini berkaitan krisis di mesir, sila klik disini (UPDATE)


* Ingatlah bahawa negara kita telah dijajah selama 446 tahun, dan kita hanya baru merdeka selama 53 tahun
* sumber : Berita Harian, Utusan, TV3, TV1, Metro, billyinfo.blogspot.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...