TAB

Sunday, February 6, 2011

pergolakan di mesir : prihatikankah kita?

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, aku terpanggil untuk menulis bagi mengajak rakyat malaysia sekalian turut sama-sama prihatin tentang isu ini. Sekali pun kita tidak mempunyai saudara mara di sana apa salahnya sebagai saudara seislam kita sama-sama berdoa agar rakyat malaysia di sana dalam keadaan selamat dan dilindungi oleh Allah SWT. Berdoalah juga agar nasib yang serupa tidak menimpa tanah air yang tercinta ini. AMIN~


APA SEBENARNYA YANG BERLAKU ?
Mengikut apa yang aku tahu, (sila betulkan sekiranya ada sebarang kesilapan) krisis yang berlaku di bumi mesir tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati penyokong anti-Hosni Mubarak terhadap presiden mereka itu.
PRESIDEN HOSNI MUBARAK

Hosni Mubarak telah memerintah Mesir selama 30 tahun - satu tempoh masa yang agak panjang (nasib baik tak ada orang yang protes semasa pemerintahan Tun Dr Mahatir).

Rakyat Mesir tidak berpuas hati terhadap presiden mereka itu kerana Mubarak dituduh memimpin negara dengan tidak cekap. Rakyat Mesir mahukan perubahan dalam tampuk pemerintahan negara. Selama memerintah Mesir, Mubarak dianggap punca segala korupsi yang berlaku. Rakyat juga mendesak pemerintahan yang lebih adil dari segi politik, undang-undang, hak milik awam, kebebasan bersuara dan macam-macam lagi.

Rusuhan ini juga dipengaruhi oleh "Kebangkitan Tunisia" yang berlaku beberapa minggu lalu. Difahamkan ada pununjuk perasaan yang membakar bendera Tunisia sebagai simbolik kepada kebangkitan negara tersebut.

Sekurang-kurangnya sejuta penduduk yang terdiri daripada pelajar, doktor, pengaggur dan lain-lain telah berhimpun di serata Mesir bagi mendesak peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak! Perhimpunan tersebut telah diadakan pada hari jumaat, 28 Januari 2011.








APA KERAJAAN MESIR BUAT ?
Bagi menyelesaikan masalah pihak kerajaan Mesir ada mengambil beberapa tindakan yang kononnya akan menyelesaikan masalah ini. Namun hasilnya?


Melantik Naib Presiden dan Perdana Menteri yang baru. Namun rakyat masih mahukan tindakan yang lebih drastik.

Mungkin pilihanraya adalah jalan terbaik. (pendapat aku) Namun ada juga yang mengatakan pilihanraya tidak sesuai buat masa sekarang kerana suasana yang masih  kucar kacir.

Mungkin juga ini adalah satu lagi revolusi kepada Mesir selepas revolusi yang berlaku pada 1919 dan 1952. Pada 1919 rakyatnya telah menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Manakala tahun 1952 menyaksikan sistem pemerintahan Mesir bertukar dari sistem beraja kepada sistem republik.


Sekatan akses internet. Kerajaan Mesir mengambil tindakan terbabit kerana pihak perusuh melebarkan strategi dan pendapat menerusi laman sosial di internet.

Mesir juga meminta bantuan polis dan pihak tentera bagi mengawal ketegangan yang berlaku. Namun ura-ura mengatakan usaha tersebut sia-sia kerana terdapat segelintir polis dan tentera yang berpaling menyertai rusuhan.


Kerugian yang dialami oleh kerajaan Mesir akibat rusuhan tersebut juga mencecah jutaan ringgit!


APA MALAYSIA BUAT ?
Disebabkan ribuan rakyat Malaysia yang berada di Mesir atas urusan kerja, belajar dan sebagainya kerajaan mengambil inisiatif untuk memindahkan rakyat ke tempat yang lebih selamat. TUDM, MAS dan Air Asia sama-sama menyumbangkan pesawat mereka bagi memindahkan rakyat dari Mesir ke Jeddah. Pihak Tabung Haji juga turut sama membantu dari segi penginapan mendapatkan Visa dan sebagainya.

Perdana Menteri kita juga menjamin untuk menanggung sepenuhnya perbelanjan penerbangan dari Jeddah ke KLIA.

Terdapat juga NGO yang turut sama mahu membantu seperti kutipan derma yang dijalankan oleh pihak TV3.

Namun disebalik itu, terdapat juga segelintir pihak cuba memburukkan nama Malaysia dilaman sesawang dan sosial. Ada pihak yang mendakwa terdapat pelajar yang dirogol dan ada juga yang mengatakan mereka terpaksa membayar kos penerbangan dari Mesir ke Jeddah.

Aku juga turut menerima satu 'page' dari facebook yang mendakwa dia adalah pelajar di Mesir dan keadaan yang digambarkan oleh media adalah sebaliknya berlaku. Bukan aku tak mahu percaya namun hanyalah berhati-hati untuk tidak mudah diperdayakan oleh mana-mana pihak

Kenapa dan mengapa ada pihak yang sanggup menabur fitnah disana sini? Adalah lebih baik sekiranya kita mendoakan mereka kesejahteraan mereka disana.

Bersyukurlah kehadrat Allah SWT, kerana mengurniakan kita negara yang bebas dari sebarang pergolakan yang serius.

Untuk maklumat terkini berkaitan krisis di mesir, sila klik disini (UPDATE)


* Ingatlah bahawa negara kita telah dijajah selama 446 tahun, dan kita hanya baru merdeka selama 53 tahun
* sumber : Berita Harian, Utusan, TV3, TV1, Metro, billyinfo.blogspot.com 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...