TAB

Monday, January 17, 2011

aku berambut mohawk?

sesuai ke?
ahad lepas aku, aker dan imam berjalan di MP dan DP. Tujuan haritu nak cari makan tengahari walaupon dah  jam 4petang!

Dari minggu lepas aku pasang impian nak gunting rambut. dalam hati teringin nak gunting style mohawk. Tapi masalahnye sesuai ke dengan aku? jalan2.kitorang jumpe satu kedai baru (ada promotion) dekat hatten square. harga macam ok (rm10). ok ape utk salun macam tu... (1st time gunting kat salun..haha)

cina tu macam tahu jek ape yg aku nak.
"mahu try mowhak style?"
ape lagi. aku pon cubelah

hasilnye...
berpuas hati.
lantaklah sesuai dgn aku ke tak.
yang penting sekarang aku dah pon potong gaya tu...


SEJARAH MOHAWK
  • Awalnya gaya rambut Mowhawk ini diambil dari nama suku penduduk asli Amerika Utara yg mendiami lembah Mohawk. ( haha..aku dah jadi orang asli ker?) Mowhawk dikenal juga sebagai gaya rambut kaum punk.
extream giler!
  • Biasanya kedua sisi kepala dicukur dan dibiarkan rambut sedikit panjang di tengah kepala.
selebriti yang mengilhamkan aku potong gaya mohawk!
* aku bukan punk tapi hanyalah meniru gaya rambut tersebut sahaja...

Wednesday, January 5, 2011

perjalanan awal hidup di melaka . semester 2 . 2011

aku sampai melaka  01/01/2011. lebih kurang pukul 7 malam sampai sini. sampai2 jek ingat nak online tapi ... line kat sini bengong giler! susah dapat 3G kadang nak dapat line EDGE pon susah. tak pelah. terpakse lah redha.

hari nie kelas start pukul 12.30. so boleh rileks2 kat umah pagi nie. mase first day hari tu da dapay assg opm. tapi dah hantar semalam. bangga ar gak coz first group yg hantar!

dalam dua tiga hari ni kitorang satu rumah adalah cari barang rumah sikit2. dapur gas, tong gas, lauk2 cikit. tak banyak mane pon. tp total semua dekat jugaklah rm300! menu pertama kitorang masak ayam goreng (yg segera punya jek). semalam masak sardin. boehlah lauk bujang. nak jimatlah katakan. pagi ni tak masak kot sebab syakir dengan tam xde. so macam membazir lak.

din, am dan fawas tumpang rumah kitorang. kesian tengok diorang xde rumah lagi. kolej pon xsure dapat ke tak. paling aku xselesa bile kitorang masak pastu makan depan diorang. macam serba salah pulak. nak bagi cikit aku nak makan ape pulak. bukan lokek tapi kitotang masak sikit jek. lauk pon bukan banyak.

aku sebenarnya mengharapkan salah seorang dari diorang sewa dengan kitorang sebab nanti ringan sikit beban sewa. tapi macam xmungkin lak an. sebab lain kos an.

harap perjalan tahun 2011 nie lancar tanpa sebarang masalah.

amin.

Friday, December 31, 2010

berakhirnya cuti semester pertama . . .

sepanjang cuti semester yg pertama kali ni aku banyak menghabiskan masa dengan berjalan-jalan disekitar johor bahru ni. nak  pergi jauh2 tak cukup bajet !
beberapa hari selepas cuti aku telah bergegas mencari kerja partime. tapi . . . hampeh! tak dapat pon. jadi akhirnya terpaksa lah duduk rumah. buat bisnes tanam aggur . huhu

lepas usaha mencari kerja tak berjaya. aku putuskan untuk menghabiskan cuti ni dengan jalan2 jek. perjalanan pertama aku putuskan untuk bawak sedara2 aku tengok wayang cerita - aku tak bodoh. tak penah kot lepas dah lebih dua tahun ada lesen ni bawak diorang jalan2.

cuti ni sempat jugak jumpa dengan member2 lama form 6 dulu walaupon tak berapa ramai yg ada. kira macam reunion kecil-kecilan lah. kitorang pergi  tengok wayang dekat jusco tebrau. cerita TRON LEGACY - memang gempak cerita tu. balik tu singgah jusco taman u pulak. semata-mata nak beli dunkin donut! haha . sebab dekat tebrau banyak yg da habis.

seminggu sebelum tu sebenarnya aku dah pergi jusco tu dengan member2 uitm aku. sorang member aku dari melaka datang (tira) so bawaklah dia jalan2.bukan tira jek zureen, yun dan adik dia pon ada (kira haritu aku dikelilingi perempuan2 lah! haha . bestnya! pedulilah orang nak cakap apa! aku solo ok!) lepas pergi jusco kitorang pergi cs lak. pastu main bowling dekat skudai prade. destinasi terakhir hari tu aku singgah pizza hut/kfc dekat senai sebab nak hantar member aku balik. lupa lah nak cakap masa aku pergi jusco tu tengah jkad day - teringat masa aku keja dulu. aku terserempak jugak dengan kak linda (penah admire dekat die) dengan farhana. nampak naqib dengan hassan tp aku senyum jek. haha.

aku ada jugak pergi keluar dengan pudin dekat umall. kitorang tengok harry potter. semakin gemok aku tengok ko pudin! hehe . sorry pudin.

semalam pulak aku sempat tengok damping malam dengan alia dan ai. - cerita tu tak de lah seram mana . lebih kepada krisis kekeluargaan. tapi yg best nya aku dapat tengok amy mastura!

esok dah nak balik melaka. mula2 plan nak gerak saing azri jek. tapi lepas tu makin ramai pulak. aku akan mula perjalan dengan am - jumpa dekat petronas yg sebelum tol skudai tu. lepas tu tunggu abe dekat sedenak. singgah pulak simpang renggam jumpa azri. lepas tu berenti dekat bp pulak sebab din pon gerak sama. rasa macam satu perjalan yg jauh kan? padahal melaka jek ( jauh jugak ape! )

tulis pon tulis jugak. aku sebernya belum pack ape2 lagi nie!
lepas ni nak kemas2 baju apa yg patut. harap jalanan esok lacar dan selamat. AMIN.

kata2 akhir utk tahun 2010 ni
harap tahun depan bertemu yg special! huhu

selamat tahun baru !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...