Salam 1Kehidupan,
Buat yang tak tahu, 2 minggu yang lepas aku dah pon memulakan sesi semester yang seterusnya. Semester terakhir sebelum praktikal !
Perkara yang selalu berlaku diawal minggu permulaan setiap semester ialah "kelas cancel". Pagi ni sahaja 1 kelas dah pon dibatalkan. Sepanjang 2 minggu dan 1 hari sekolah dibuka, banyak sungguh kelas batal. #seronoknya
Mungkin itu benda yang paling heaven didengar kepada semua pelajar. Tak kira budak sekolah tadika, sekolah rendah mahu pun sekolah menengah hatta pelajar universiti sekali pun.
Tapi ada kesan-kesan yang bakal timbul juga bila kelas tak ada ni. Antaranya terpaksa hadir kelas ganti dan assignment yang bertambah.
Tak gemar sungguh bila ada sesetengah tenaga pengajar yang memberitahu kelas cancel lambat. Dah jejak kaki ke kelas baru diberitahu "kelas tak ada"
Itu mungkin ok lagi. Mungkin mereka ada kes emergency yang tidak dapat dielakkan. #Dimaafkan. Lagi tak gemar kalau kami ni pelajar-pelajar terpaksa menunggu selama setengah jam, pernah juga hampir sejam tanpa khabar berita sama ada kelas batal atau tidak.
Disebabkan dah banyak sangat pengalaman macam ni, ada dalam satu kelas ni, seorang tenaga pengajar tanya:
"What is your expectation in this class"
Aku jawab:
"I hope you will inform me 1 day before class cancelled"
Berani mati tak aku jawab macam tu. HAHA. Sebenarnya aku gurau je masa tu. Sorry Miss..
WSM:
- kelas batal sebab lecturer yang suruh tak apa, jangan pula korang yang batalkan sendiri kelas tu a.k.a ponteng -
4 comments:
besok BUTA nak ganti ! HAHA!
nanti dah kerja xder lagi dengar boss kata. "GUYS, KERJA CANNCEL" muahahaha
lagi bengang dah bangon pepagi buta..dah separoh jalan pegi kelas..dpt call ckp class cancel..kalau naek kete takpe..kurang penat..yg jalan kaki??
setuju dengan Joe_Hans..plus, kalau dah keje nanti bila kita MC takpun EL kena kemukakan sebab. Study life mana ada semua tu.. :D
Post a Comment