TAB

Sunday, October 30, 2011

aku sebagai PENARI AMATUR

Semalam aku belek2 semua gambar dan video yang di tag dalam akaun facebook aku. Untuk pengetahuan aku privatekan semua gambar dan video yang orang tag aku. Maksudnya aku sorang je boleh tengok. Aku tak nak orang mengkritk gambar tersebut. Kata orang sekeping gambar boleh menggambarkan 1001 makna. Jadi lebih baik mencegah fitnah sebelum difitnah. Tak nak timbul apa2 kontroversi lagi. (wah..macam artis pulak)

Panjang pulak intro. Berbalik kepada tajuk entri. Bila aku belek2 terjumpalah satu video. Video ni diambil semasa dinner Jusco. Masa tu aku kerja dekat jusco sebagai cashier.




Atas ni antara gambar kenangan masa kerja dekat Jusco. Nampak muda kan aku masa ni. Haha...

Berbalik sekali lagi kepada cerita tadi. Hehe...

Aku terjebak dalam persembahan tu last minit. Aku ingat lagi masa tu aku tengah pilih tie untuk dinner malam tu. Tiba2 kak Sue panggil aku suruh masuk dance.

Dalam hati aku:

"Dance? Serius ar...tak pandailah. Kalau nyanyi tu boleh lah"

Tapi entah kenapa aku setuju je. Mungkin sebab kesian. Masa tu ramai cashier yang takde. Diorang pergi helper dekat Jusco Bandar Utama kalau tak silap.

Latihan dilakukan selama beberapa hari. Latihan kitorang buat waktu malam lepas shift bekerja. Tempat latihan dekat rumah Kak Sue dan friends. Kareografer kitorang ialah Abang Wan dan Kak Ain.

Dan inilah HASILNYA:


Aku yang berada ditengah-tengah. Pakai baju putih v-neck dan short hitam. Pada aku untuk pengalaman pertama sebagai penari kira boleh lah tu. kan kan kan?




WSM:
- KREDIT to Aisyah atau nama facebook dia Scha Purplegurlz sebab upload video ni -
- KREDIT jugak kpd Bella untuk gambar tu -
- agak2 lepas ni boleh masuk showdown tak? haha... -

4 comments:

Nasz said...

pengalaman berharga tu. saya pun takde pengalaman tu.

NUARAHMAN said...

NasZ : memang sangat berharga...kalau sekarang disuruh menari macam tu mungkin pikir dua tiga kali..hehe

Sayidah Nafisah Ruslan said...

saya pun tak pandai menari tapi kena tarik menari zapin dgn kuda kepang.. memang best! :)

NUARAHMAN said...

Nafisah Ruslan : betol...pengalaman tu lebih penting dr bakat yg kite ade...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...