TAB

Monday, September 5, 2011

RAYA sakan


Seperti entri yang lepas aku akan gabungkan 3 hari raya dalam satu post.

Raya Keempat : VROM! VROOM! VROOOOM!!

Misi aku pada hari ni hanya satu: menghantar saudara dari rumah aku ke rumah saudara aku yang lain dekat pekan nanas. Aku tunjukkan jalan dalam yang lebih dekat. Ingatkan lepas hantar nak terus balik tapi macam tak baik pulak. Then aku decided nak stay kejap.

Tak lama lepas tu aku dengar deruman motor vroom vrooom vroommm! Aku fikirkan budak merempit tapi diorang nak rayalah! Ramai gila kot. Ramai tak kisah sangatlah sebab marhaban tempat aku pon ramai jugak. Tapi yang buat aku jakun sikit sebab cara diorang raya macam nak merempit! Seorang makcik aku cakap "Agaknya ni alaf baru punya raya kot" Ada dua group yang datang raya. Satu group campur laki dengan perempuan. Lagi satu group laki je. Ekzos motor diorang jangan cakaplah. Memekak! Motor aku ni pulak ex5 standard je. So disebabkan kemaluan melanda diri aku cadang nak stay lama sikit, lepas solat jumaat baru gerak. Bukan ape, elak kena gelak je kalau aku balik masa diorang tengah raya.
 
group marhaban rempit!
Tanpa planning apa2 lepas tu aku singgah rumah kawan kbm aku. Kebetulan dia ada dekat rumah dan kebetulan dia duduk dekat2 area pekan nanas. Alang2 dah sampai sini kan. Jenuh jugak mencari rumah dia. Lupa nak cakap nama dia, Nur Eylia Razali (betol tak aku eja nama kau?). Lepas tu dia ajak aku singgah rumah Ili dekat pontian. Agak jauhlah jugak dari pekan. Tapi difikirkan sekarang tengah mood raya so aku tak kesah. Rumah terakhir aku singgah dekat Benut. Rumah Wan, ex-roomate aku mase part 1. Maghrib sampai rumah. Terima kasih eylia bawak aku jalan2 keliling daerah pontian!

Raya kelima : dari pagi ke malam beraya

Hari ni aku nak beraya dengan member2 sekolah rendah. Pagi tu aku dengan Ipah keluar rumah dalam pukul 9.30 pagi. Kumpul dekat rumah Mira. Janji melayu. Lama jugak tunggu semua siap! Adelah dalam sejam lebih. Lepas semua dah kumpul gerak pergi rumah Budin dekat Gelang Patah. Dalam pukul 12 sampai rumah dia. Dia tak ada rumah masa tu. Bila dia sampai dia bawak sorang mamat ni, macam aku kenal. Quastan! PERGH.. Lama kot tak jumpa dia sejak pindah sekolah ke mutiara rini dulu. Jejak kasih. Rumah2 yang seterusnya rumah Nine, Reid, Mira, Khalid, Aku, Ipah, Diana, Mila (Singgah depan rumah jek sebab dia baru balik dari kampung), Teacher Mahyon, Pika, Ustazah Noriah, Lan dan Izhani. Rumah Nine dengan Reid aku tak pergi terpaksa balik sebab ada hal kejap.



Yang penting aku balik sebelum pukul 12 tengah malam. Macam yang aku janji dengan mak Ipah. (Sebenarnya lagi beberapa minit je nak pukul 12..hehehe)

Paling tak boleh bla dengan selambanya mira bawak satu plastik kuih raya dari rumah Usatazah Noriah! Lepas tu boleh pulak bawak tembikai satu tupperware. Sporting kot ustazah ni.

Raya Keenam : Majlis tunang Akak aku
 
 
Hari ni tak pergi raya mana2 sebab akak aku nak tunang! Serius aku tak sangka dia dah nak tunang. Pihak lelaki hantar 12 dulang kalau tak silap. Pihak perempuan memberi 15 dulang sebagai balasan.

hantaran pihak perempuan

hantaran pihak lelaki
Seorang makcik aku cakap " Sekarang Idah, lepas ni Nuar lah"

Aku pon balas "A'ah. Tahun depan!" (Dalam hati: calon pon tak ada lagi) Bila tengok akak aku tunang ,hati ni jadi sedih. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab mengenangkan nasib diri aku ni yang tak siapa nak. Siapa agaknya calon aku nanti ya...hehe.





wsm    : Insyaallah tahun depan akak aku kahwin.
            : Dalam minggu ni mungkin aku beraya dengan member2 form 6 pulak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...