TAB

Saturday, August 27, 2011

TOLONGLAH, itu soalan sensitif ...

Bekerja dibulan puasa sememangnya mencabar. Segalanya perlu dikawal. Nafsu makan, mata dan mulut segalanya perlu dijaga.

Buat sesiapa yang bekerja disektor perkhidmatan seperti aku, waktu berbuka adalah waktu puncak bagi kami. Waktu inilah pelanggan berada dalam jumlah yang ramai. Terpaksa berkorban waktu berbuka untuk melayan kerenah pelanggan yang bermacam-macam.

Bagi aku waktu berbuka semasa bekerja terasa tiada nikmat. Cukuplah sekadar minum segelas air dan seketul kuih untuk mengalas perut. Bila pelanggan reda, barulah kesempatan itu diambil untuk berbuka puasa dengan menjamah nasi.



FULL HOUSE

Itulah yang selalu berlaku di restoran tempat aku bekerja ketika waktu berbuka puasa. Biasanya meja akan ditempah awal untuk berbuka. Tapi ada juga pelanggan yang tak faham bahasa. Datang last minute. Ada juga yang datang masa waktu sudah azan. Lepas tu bila makanan lambat sampai kami dipersalahkan. Datang lambat tapi nak makanan sampai cepat. Rasional ke tu? Lain kali kalau tak nak menyusahkan kami dan diri sendiri - SILA TEMPAH AWAL DAN ORDER AWAL.

Fasal perihal solat pula. Aku minta maaf kepada manager dan rakan sekerja aku kalau aku agak pentingkan diri sendiri. Aku tak nak solat maghrib aku tertinggal.

Berbalik kepada pelanggan di restoran, ada juga yang sangat prihatin dengan aku dengan bertanya :

"Awak dah buka belum?"

Hati ni bagaikan tersentak acap kali mendengar soalan itu diajukan. Air mata ni bagaikan bergenang. Teringat waktu2 berbuka puasa bersama keluarga dan kawan2.

Kadang aku jawab sahaja "Dah"

Padahal kadang2 ketika itu, tak sempat pun nak buka puasa walau setitik air.

Hati ni bertambah sedih kalau soalan itu diajukan oleh cikgu2 atau kawan2 aku yang berbuka puasa di restoran tempat aku bekerja. Sangat jelous melihat diorang berbuka puasa bersama keluarga, kawan2 atau dengan boyfriend/girlfriend.

Tak apalah aku reda. Aku sanggup berkorban semata-mata untuk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.




* tinggal dua hari sahaja aku akan bekerja! :D
* semoga aku akan berjumpa lagi dengan ramadan tahun hadapan dan harapnya dapat buat solat terawih dengan lebih baik tahun hadapan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...