TAB

Saturday, February 4, 2012

Nota Lelaki Gila Seks


Assalamualaikum dan salam satu kehidupan...

Hari tu aku balik dari cc. Yela semenjak bb aku yang bertangguh tak berbayar terpaksa berulang alik pergi cc. Itu pun kalau rajin nak pergi.

Aku pergi cc haritu pun  sebab nak masukkan markah kemahiran insaniah. Tapi akhirnya aku balik sahaja sebab line sangat slow dekat student portal.

Sampai di motor, aku pelik sekejap sebab nampak satu kertas kecil bersaiz segi empat sama dilipat. Di muka depan kertas itu tertulis:

Baca Dulu!!
Baca Dulu
BACA DULU

Kalau kertas itu bercetak dan bertaip aku memang tak ambil pusing sebab mesti dari sendiket along yang banyak di pasaran sekarang.

Tapi kertas itu bergaris, macam dikoyak dari sebuah buku atau kertas A4 dan di tulis dengan tangan. Aku agak cuak pada masa itu. Tapi aku buka juga. Gila terkejut aku bila baca isi kandungan didalamnya! Antara ayat dalam kandungan itu:

URUT BATANG TANPA BAYARAN DIKENAKAN.
SAYA TAHU ANDA SANGAP.
017-77XXXXX. CALL ME!

Soalan pertama yang aku nak tanya kepada korang semua:

"Apa yang korang buat bila dapat kertas yang berbaur lucah macam ni?"

Pada mulanya aku memang nak buat bodoh saja. Tapi aku nak mesej juga nombor tu. Bukan sebab aku sangap ya. Tapi sebabnya...

Masa aku nak balik, aku singgah kejap stesyen minyak. Tiba-tiba aku ternampak satu mamat gemuk yang aku perasan masa dalam cc tadi. Tapi aku buat bodoh je.

Aku mula bertambah merasa yang mamat gemuk tadi macam follow aku. Then aku bawak moto laju2 supaya dia tak dapat kejar aku.


Bila sampai di trafic light terakhir sebelum sampai rumah, tiba dia muncul sebelah aku. Hati aku mengatakan mamat gemuk itu memang follow aku.

Lepas ni aku akan belok ke simpang kampung aku. Kalau lepas ni dia belok juga, memang sah dia ikut aku. Aku tengok side mirror.

"Sah dia follow aku"

Aku terus masuk rumah.

Dan terus mesej nombor itu.

"Kau ke yang follow aku tadi?"

Mula-mula die tak mengaku. Tapi akhirnya dia mengaku.

"Saya dah perhatikan awak dari jauh dalam cc itu" lebih kurang macam ni lah mesej mamat gemuk tu.

Lepas itu, aku terus tak layan, walaupun dia mesej berulang kali.

Mungkin korang akan fikir aku meletakkan diri aku dalam bahaya bila mesej nombor yang diberikan. Tapi aku hanya nak pastikan, adakah negara kita cukup selamat untuk diduduki?

Tepuk dada, tanya mata.


WSM:
- masih terngiang-ngiang dalam kepala aku bila mamat gemuk itu kata "Awak nampak hensem". Orang dah puji kan, kita terima je. haha -

Tuesday, January 31, 2012

Doa Buat Sufi


Aku masih ingat saat kali pertama aku bersua dengan kau. Wajah kau pada masa itu nampak sangat kasihan. Dalam satu kotak kecil kau menunjukkan muka kau yang comel itu. Tapi aku tak ada perasaan langsung dekat kau pada masa tu. Walaupun kau menangis teresak-esak, ia langsung tak membuatkan aku simpati dengan nasib kau.

"Mana mak dapat dia ni?" soal aku.

"Kawan mak bagi" Jawab emak.

Sejak itu kau menjadi satu-satunya makhluk yang disayangi dalam rumah ni. Tapi aku, hanya merasa perasaan yang biasa sahaja.


Disebabkan kau putih gebu, wajah yang comel dan perwatakan yang agak manja membuatkan semua jantan-jantan keparat di luar sana tergila-gila kan kau.

Entah berapa kali kau melahirkan zuriat. Tak terkira rasanya. Tapi entah kenapa hanya engkau sahaja yang kekal dalam rumah ni. Ada seorang anak kau yang agak comel telah khianat dan lari ke tempat lain. Pernah beberapa kali aku terserempak dengan anak kau itu. Tapi dia buat-buat tak kenal aku. Cis, Sungguh tak mengenang budi anak engkau itu! Pernah juga dia balik ke rumah, tapi hanya pada waktu makan. Tapi sekarang batang hidung dia sudah langsung tak nampak.

Anak-anak engkau yang lain, ada yang mati digilis kereta, mati disebabkan penyakit, mati digigit atau pun lari ke tempat lain. Hanya dua sahaja daripada daripada anak engkau yang ramai itu aku buang ke satu kawasan perumahan. Entah apa nasib mereka lepas itu. Aku terpaksa buang kerana pada waktu itu terlalu ramai sangat anak yang kau lahirkan.

Putih, Hitam, Belang, Oren dan beberapa nama yang aku tak ingat lagi menjadi nama anak engkau. Tapi entah kenapa nama kau sahaja yang unik.

Sufi, nama yang diberi. Aku kurang pasti siapa yang memberi kau nama ini. Tapi nama itu sangat indah.
Namun kehadiran kau tak kekal.

Satu hari, semasa aku mahu menghantar emakku ke tempat kerja...

Abah ku ternampak satu makhluk berwarna putih terbongkang dibawah kereta.

"Sufi!" Jerit abah ku.

Aku agak terkejut.

"Sufi ke yang mati itu?" Bisik aku dalam hati.

Namun aku hanya melihat dari jauh. Sebab sudah lewat untuk menghantar emak kerja. Balik dari menghantar emak, kau sudah selamat dikebumikan. Agak terkilan sebenarnya sebab tak dapat melihat kau buat kali terakhir.

Sampai sekarang kematian kau menjadi tanda tanya. Sama ada mati dilanggar, bergaduh atau disebabkan penyakit. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Sampai sekarang, kenangan kau bersama dengan aku masih tak dapat dilupakan. Kenangan memberi kau makan, bermain dengan kau hatta menendang kau pun aku masih lagi ingat.

Semoga kau aman didunia baru kau. Maaf kerana tak dapat menjadi tuan yang baik.
Sufi, kau kucing kesayangan aku dan keluarga!

Sunday, January 15, 2012

Ibarat Melepaskan Anjing Tersepit

Assalamualaikum dan Salam Kehidupan...

Malam semalam, 
lepas makan dekat London,
aku, Syakir dan Tam bergerak ke Bandar Hilir. (dengar macam gempak je kan, london tu nama restoran je)

Aktiviti biasa remaja sekarang. Jalan-jalan di malam hari. Saja nak lepaskan rasa tension lepas jawab paper e-commerce pagi itu.

Jalan keliling Bandar Hilir kemudian masuk pulak ke Jonker Walk. Balik dari situ, kitorang masuk jalan belakang Jonker Walk tu sebab nak lalu sebelah Hotel Del Rio.

Tiba-tiba...
Nampak anjing tersepit dekat longkang. Ingatkan seekor tapi rupanya 2 ekor terperangkap dalam longkang. Seekor ladi dekat luar longkang. Macam nak tolong kawan dia yang dua orang tu.

Kesian tengok anjing tu berusaha nak keluar dari longkang. Lama jugak lah kitorang berhenti dekat situ. Niat memang nak tolong. Tapi anjing tu nampak macam dalam keadaan basah.
Syakir yang sangat baik hati beria-ria nak tolong. Nak cari plastik nak tarik anjing tu.
Aku pulak berniat dalam hati agar anjing tu akan dapat diselamatkan. (ok apa ada niat dalam hati. Janji ikhlas..hehehe)
Tam pon cakap benda yang sama "Nanti mesti ada yang tolong"


Salah seekor anjing tu nampak macam garang. Apa yang aku fikir "Kalau aku tolong, anjing tu gigit aku tak?"

Ada dua tiga orang yang lalu. Tapi semua buat tak tahu je.
Lepas beberapa minit asyik tengok anjing tu... Tiba-tiba salah seekor anjing tu keluar dengan mudahnya! Aku dah mula pelik.
Dan tak lama lepas tu dia masuk semula dalam longkong.
Damn! Kau tipu aku rupanya. Binatang kau anjing. (Eh, dia memang binatang pon)

Siapa punya kerja lah ni?!

Tapi hanya Allah sahajalah yang tahu apa yang anjing tiga ekor tu sedang lakukan sebenarnya dekat longkang. Mungkin bermain-main ditepi longkang atau memang anjing tu memerlukan bantuan.

Aku sebagai hamba Allah yang lemah ni, hanya menganggap dan mengharapkan yang terbaik.



WSM:
- haiwan juga ciptaan Allah. Jadi sama-samalah kita berkasih sayang antara satu sama lain -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...