TAB

Sunday, October 2, 2011

Kalaulah setiap hari bertuah...

Baru sahaja balik makan.
Untuk semester ni, hari ini adalah kali pertama aku makan dengan perempuan. Tapi bukan berdualah, berempat. Dengan siapa aku keluar biarlah rahsia. haha...
Borak punya borak, diorang tanya aku kenapa dah lama tak update blog? Terharu rasanya. Ada juga yang perasan kewujudan blog ni.

Berbalik kepada tajuk entri kali ni. Pernah tak korang rasa bertuah? Tanggal jumaat yang lalu adalah hari yang bertuah bagi aku.

Balik je kelas terus gerak ke BP semata-mata nak beraya dekat rumah nenek kawan aku, Zureen. Pergi balik dalam 4 jam perjalanan. Korang sanggup? kitorang sanggup!

Apa yang bertuahnya hari tu? Tak payah nak bercerita banyaklah. Tengok je gambar bawah ni.


Ya. Aku dapat lucky draw sempena majlis rumah terbuka tu. Jarang aku rasa bertuah ni. Tapi malam tu...nasib menyebelahi aku.

Apa dalam tu korang rasa? Tak semahal emas. Tak sebesar kereta. Tapi cukup berguna untuk diguna setiap masa. 

Terima kasih wahai nombor 174 kerana memberi aku rasa tuah pada malam tu.

Antara kawan aku yang ada malam tu...





Kamil. Syakir. Zureen. Azri. Admin. Tam. Asma. Baby






wsm : orang melayu sekarang sambut raya 2 bulan agaknya sebab rumah terbuka tu bukan dibuat masa syawal tapi dah masuk 2 zulkaedah pon.

Wednesday, September 21, 2011

02_WORDLESS WEDNESDAY : ABC Tesco









WSM : dengan hanya RM3.00 anda boleh menikmati desert yang sangat sedap di tesco. Yang penting tanpa goverment tax 6%. hehe...

Tuesday, September 20, 2011

YouTube Walking with Shila Amzah


Buat yang layan blog, mesti selalu dengar term "blogwalking".

Tapi hari ni macam malas nak buat benda tu. So kita walking2 dekat youtube pulak.

Jalan punya jalan, terjumpa satu channel dari seorang artis remaja Malaysia ni, Shila Amzah.

Biasanya kita selalu dengar orang biasa je yang buat cover2 lagu ni, tapi aku tak sangka pulak artis profesional pon ada.

So kalau tak ada apa2 nak buat tu, jomlah layan lagu2 dari Shila ni. Suara dia memang sangat easy listening. Rasa tenang je bila dengar. Yang penting bukan recording, semuanya LIVE.

Ni antara lagu2 cover yang korang boleh cuba dengar dari Shila :

Rindu Setengah Mati



Price Tag



 Tapi Bukan Aku
 


Jar of Hearth





wsm : suka dengar lagu2 cover dekat youtube, teringin jugak nak buat tapi tak pandai main gitarlah...haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...