TAB

Tuesday, May 1, 2012

FILM REVIEW : The Avengers

Setelah kecewa dengan beberapa filem Melayu yang aku tengok sebelum ini, aku berallih semula ke filem Hollywood. Cerita kali ini aku tak akan lepaskan untuk tengok. Cerita yang dimaksudkan ialah The Avengers. Filem yang paling aku nantikan tahun ini.


Lepas keluar wayang, aku boleh bagi 4 bintang untuk filem ini. Watak paling aku suka dalam Avengers ialah Ironman! Watak yang sangat kelakar dan dialah hero dalam cerita ini kerana telah menyelamatkan dunia. Watak paling lemah pula aku rasa ialah Captain America. Begitu juga dengan watak Thor. Kedua-dua watak ini tak nampak kehebatan mereka bila wujud beberapa watak superhero lain. Bak kata kawan aku, Tam "Bila terlalu ramai hero dalam satu cerita itu, tak nampak keseronokannya"


Banyak sebenarnya watak dalam Avengers yang tak ada dalam filem ini. Antara yang tertinggal ialah Spiderman dan Wolverine. Tapi aku boleh bayangkan bila Spiderman dan Woverine ada, pasti kuasa mereka akan nampak tak hebat berbanding superhero yang lain.

Watak dalam Avengers Asaal
Walau bagaimanapun, tak bermakna cerita ini tak seronok untuk ditonton. Ada elemen-elemen lain yang hebat untuk ditonton. Antaranya adalah teknik CGI yang digunakan memang hebat, babak berlawan yang hebat dan cerita ini juga ada menyelitkan beberapa unsur humor yang akan membuatkan penonton akan terbahak-bahak bila menonton.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan The Avengers di pawagam sebelum terlambat.


WSM:
- terlepas tengok Battleship, tunggu download je lah. HEHE -

Sunday, April 29, 2012

SYM (Safee Yang Menunggang)

Salam Ahad...

Bila lalu highway, antara yang manarik perhatian kita adalah Papan Iklan atau Billboard yang bermacam saiz, warna dan bentuk. Semua syarikat atau jenama sesuatu produk seperti berlumba-lumba untuk menunjukkan papan iklan yang menarik.

Ada satu papan iklan yang menarik hati aku. Aku tertarik pada nama iklan tersebut. Kali pertama aku perasan papan iklan ni semasa awal semester lepas. Bila tengok iklan tu di Highway Plus, aku rasa nak tergelak. Cer tengok iklan yang aku maksudkan ni : 



Aku cuba mencari apa maksud SYM yang sebenar. Mungkin nama SYM tu diambil dari nama syarikat tu sendiri iaitu Sanyang Electric Machinery Plant (tak pasti) yang berpangkalan di Taiwan. Antara model yang memikat mata aku ialah Symphony 150.  

Berbalik kepada papan iklan tadi. Aku rasa Syarikat SYM berjaya mencuri mata pengguna PLUS disebabkan nama iklan yang begitu klise sekali. Walaupun nama tersebut nampak macam pelik tapi efektif digunakan sebab senang diingati.

Gambar ihsan dari : Sukses 5S, Bikez

WSM:
- suka tengok iklan yang kreatif di Youtube -

Saturday, April 28, 2012

Bersih Itu Kotor

Salam Sabtu...

Baru sahaja tengok Buletin Utama TV3. Berita utama untuk hari ini sudah sepertinya berkaitan Bersih 3.0. Perasaan bercampur baur semasa melihat berita tersebut. Marah, sedih, malu ! Kenapa perlu nak berkumpul ramai-ramai, lepas tu merusuh. Budaya demonstrasi di Malaysia sudah berada pada tahap yang teruk sangat.


Sebelum ini aku ada tulis berkaitan Anti Vs. Pro Bersih 2.0. Semasa perhimpunan sekitar bulan Julai tahun lepas itu, mereka menyalahkan anggota polis apabila memukul peserta perhimpunan tersebut. Tapi kini apabila dalam Perhimpunan Bersih 3.0 mereka memusnahkan kereta polis malah membalikkan kereta tersebut! Apa pula kata kalian sekarang. Apa alasan mereka membalikkan kereta tersebut?


Bila merusuh, orang luar pasti akan pandang serong terhadap Malaysia. Pelancong asing pasti akan rasa takut nak datang Malaysia. Sudah lah industri pelancongan salah satu industri yang sangat penting dan menjana pendapatan. Lagi mahu merusuh bagai.

Satu lagi hal. Nasib peniaga di sekitar tempat kejadian pula pasti rugi besar. Sogo, Semua House dan beberapa lagi terpaksa ditutup. Ini semua gara-gara perhimpunan haram tersebut!

Seperkara lagi yang buat aku tak puas hati. Sebelum ini mereka kata perhimpunan Bersih kali ini adalah perhimpunan aman dan tidak melibatkan mana-mana parti politik. Tapi apa kes dengan merosakkan kereta polis itu? Dan kelibat Mat Sabu, Anwar Ibrahim dan seorang lagi berbangsa cina (aku lupa nama dia) datang ke perhimpunan haram tu mewakili parti mana agaknya ya?? Cakap tak serupa bikin.

Anwar Ibrahim semasa Perhimpunan Tadi
Ambiga pula katanya menyuruh orang yang berhimpunan itu bersurai. Tapi mereka tidak menghiraukan langsung. Dalam hati Ambiga pasti rasa sangat seronok bila perhimpunan itu nampak berjaya.

Ni pon peserta Bersih?
Paling aku kasihan...
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Lepas perhimpunan itu, pekerja DBKL pasti terpaksa membersihkan sisa-sisa sampah yang ditinggal para peserta. Jalan di Dataran Merdeka boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Masa nak makan KACANG, dikunyah dengan penuh rasa nikmat, tapi bila dah habis, dibuang kulit kacang merata dijalanan.

Pada aku sendiri, sebarang bentuk perhimpunan sama ada diluluskan atau pon haram memang tidak membawa sebarang faedah. Malah ia hanya membawa kepada satu impak - memalukan Malaysia.


WSM:
- harap tiada sebarang pihak berkecil hati, aku hanya menyatakan pendapat
 sebagai rakyat Malaysia yang prihatin -


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...