TAB

Tuesday, January 31, 2012

Doa Buat Sufi


Aku masih ingat saat kali pertama aku bersua dengan kau. Wajah kau pada masa itu nampak sangat kasihan. Dalam satu kotak kecil kau menunjukkan muka kau yang comel itu. Tapi aku tak ada perasaan langsung dekat kau pada masa tu. Walaupun kau menangis teresak-esak, ia langsung tak membuatkan aku simpati dengan nasib kau.

"Mana mak dapat dia ni?" soal aku.

"Kawan mak bagi" Jawab emak.

Sejak itu kau menjadi satu-satunya makhluk yang disayangi dalam rumah ni. Tapi aku, hanya merasa perasaan yang biasa sahaja.


Disebabkan kau putih gebu, wajah yang comel dan perwatakan yang agak manja membuatkan semua jantan-jantan keparat di luar sana tergila-gila kan kau.

Entah berapa kali kau melahirkan zuriat. Tak terkira rasanya. Tapi entah kenapa hanya engkau sahaja yang kekal dalam rumah ni. Ada seorang anak kau yang agak comel telah khianat dan lari ke tempat lain. Pernah beberapa kali aku terserempak dengan anak kau itu. Tapi dia buat-buat tak kenal aku. Cis, Sungguh tak mengenang budi anak engkau itu! Pernah juga dia balik ke rumah, tapi hanya pada waktu makan. Tapi sekarang batang hidung dia sudah langsung tak nampak.

Anak-anak engkau yang lain, ada yang mati digilis kereta, mati disebabkan penyakit, mati digigit atau pun lari ke tempat lain. Hanya dua sahaja daripada daripada anak engkau yang ramai itu aku buang ke satu kawasan perumahan. Entah apa nasib mereka lepas itu. Aku terpaksa buang kerana pada waktu itu terlalu ramai sangat anak yang kau lahirkan.

Putih, Hitam, Belang, Oren dan beberapa nama yang aku tak ingat lagi menjadi nama anak engkau. Tapi entah kenapa nama kau sahaja yang unik.

Sufi, nama yang diberi. Aku kurang pasti siapa yang memberi kau nama ini. Tapi nama itu sangat indah.
Namun kehadiran kau tak kekal.

Satu hari, semasa aku mahu menghantar emakku ke tempat kerja...

Abah ku ternampak satu makhluk berwarna putih terbongkang dibawah kereta.

"Sufi!" Jerit abah ku.

Aku agak terkejut.

"Sufi ke yang mati itu?" Bisik aku dalam hati.

Namun aku hanya melihat dari jauh. Sebab sudah lewat untuk menghantar emak kerja. Balik dari menghantar emak, kau sudah selamat dikebumikan. Agak terkilan sebenarnya sebab tak dapat melihat kau buat kali terakhir.

Sampai sekarang kematian kau menjadi tanda tanya. Sama ada mati dilanggar, bergaduh atau disebabkan penyakit. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Sampai sekarang, kenangan kau bersama dengan aku masih tak dapat dilupakan. Kenangan memberi kau makan, bermain dengan kau hatta menendang kau pun aku masih lagi ingat.

Semoga kau aman didunia baru kau. Maaf kerana tak dapat menjadi tuan yang baik.
Sufi, kau kucing kesayangan aku dan keluarga!

Sunday, January 15, 2012

Ibarat Melepaskan Anjing Tersepit

Assalamualaikum dan Salam Kehidupan...

Malam semalam, 
lepas makan dekat London,
aku, Syakir dan Tam bergerak ke Bandar Hilir. (dengar macam gempak je kan, london tu nama restoran je)

Aktiviti biasa remaja sekarang. Jalan-jalan di malam hari. Saja nak lepaskan rasa tension lepas jawab paper e-commerce pagi itu.

Jalan keliling Bandar Hilir kemudian masuk pulak ke Jonker Walk. Balik dari situ, kitorang masuk jalan belakang Jonker Walk tu sebab nak lalu sebelah Hotel Del Rio.

Tiba-tiba...
Nampak anjing tersepit dekat longkang. Ingatkan seekor tapi rupanya 2 ekor terperangkap dalam longkang. Seekor ladi dekat luar longkang. Macam nak tolong kawan dia yang dua orang tu.

Kesian tengok anjing tu berusaha nak keluar dari longkang. Lama jugak lah kitorang berhenti dekat situ. Niat memang nak tolong. Tapi anjing tu nampak macam dalam keadaan basah.
Syakir yang sangat baik hati beria-ria nak tolong. Nak cari plastik nak tarik anjing tu.
Aku pulak berniat dalam hati agar anjing tu akan dapat diselamatkan. (ok apa ada niat dalam hati. Janji ikhlas..hehehe)
Tam pon cakap benda yang sama "Nanti mesti ada yang tolong"


Salah seekor anjing tu nampak macam garang. Apa yang aku fikir "Kalau aku tolong, anjing tu gigit aku tak?"

Ada dua tiga orang yang lalu. Tapi semua buat tak tahu je.
Lepas beberapa minit asyik tengok anjing tu... Tiba-tiba salah seekor anjing tu keluar dengan mudahnya! Aku dah mula pelik.
Dan tak lama lepas tu dia masuk semula dalam longkong.
Damn! Kau tipu aku rupanya. Binatang kau anjing. (Eh, dia memang binatang pon)

Siapa punya kerja lah ni?!

Tapi hanya Allah sahajalah yang tahu apa yang anjing tiga ekor tu sedang lakukan sebenarnya dekat longkang. Mungkin bermain-main ditepi longkang atau memang anjing tu memerlukan bantuan.

Aku sebagai hamba Allah yang lemah ni, hanya menganggap dan mengharapkan yang terbaik.



WSM:
- haiwan juga ciptaan Allah. Jadi sama-samalah kita berkasih sayang antara satu sama lain -

Saturday, January 14, 2012

Tabiat Lepas Periksa

Assalamualaikum dan Salam Kehidupan...

Jarangkan aku beri ucapan salam dalam post2 sebelum ni. Insyallah lepas ni akan lebih kerap.

Alhamdulilah...baru je lepas jawab paper yang ke-5 tadi. Maknanya tinggal satu paper je lagi! Serius tak sabar nak tunggu seksa final ni.

Berbalik kepada tajuk,
apa korang buat setiap kali lepas jawab exam?


Ni aku nak bandingkan, situasi aku masa zaman sekolah dengan zaman aku dekat IPTA ni.

Zaman Sekolah

Lepas Periksa akan berborak dengan kawan sebelah. Tanya "Susah tak?" Kalau masing2 cakap susah makin rancaklah berbual...

Lepas keluar kelas, aku akan cek jawapan tu dengan kawan aku. Cara aku cek jawapan senang je, kalau jawapan aku dengan kawan aku tu sama, maknanya betollah tu. Kalau banyak  yang salah, semakin gelisah lah jawabnya...

Kalau subjek tu aku minat sangat, kat rumah tu kadang sampai semak buku, nak tahu betol ke tak jawapannya. Lepas tu kalau salah, frust menonggeng lah jawabnya~

Bila dapat paper, mesti nak jumpa cikgu. Tak puas hati kenapa salah. "Cikgu ni macam betol je"
Lepas dipujuk, akhirnya dapat jugak tambah markah. Hehehe...

Cuba cari mana aku? hehe...


Zaman U


Lepas jawab paper, biasanya aku akan tengok keadaan keliling dulu. Kalau suasana bising gila, maknanya susah gila lah paper tadi. Kalau keadaan tenang, soalan pon tak berapa susahlah nampaknya...

Biasanya orang berdekatan aku yang akan tanya soalan dekat aku "Senang tak?"
Aku pon jawab "bolehlah~" itu po kalau soalan tu tak berapa nak susah. Kalau soalan susah, geleng dah memadai.

Tapi dekat u ni konsep menyemak semula jawapan macam malas nak dipraktikkan. Bukan confident jawapn tu betol, tapi ada banyak lagi paper mendatang. Salah pon bukan boleh betulkan.

Lepas dapat markah test, memang harapan lah nak bagi lecturer cek. Kadang macam tak kesah pon dengan markah tu.


Persamaan

Ada satu tabiat aku masa time exam yang sama dari dulu sampai sekarag - study last minute. Pernah jugak bercita-cita nak study awal. Tapi impian tu hanyalah sehangat-hangat tahi ayam...



WSM:
- mungkinkah aku yang sekarang ni lebih cool? -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...