TAB

Thursday, July 7, 2011

kenapa remaja melayu memilih kerja?

Satu persatu budak melayu berhenti kerja dekat tempat aku.

Jawapan mudah yang mereka beri:

"Tak tahan lah kerja dekat sini"

"Aku dapat kerja lain"

"Tak bestlah kerja sini, tak ada kawan"

Aku pun pelik kenapa diorang ni memilih sangat kerja. Mungkin ada sesetengah mereka yang bekerja sebab menunggu sambung belajar. Ada juga yang bekerja sebab tengah cuti sekolah atau cuti semester. Jadi aku mungkin faham kenapa diorang berhenti.

Tapi yang tak ada niat nak sambung belajar tu kenapa berhenti kerja, tukar2 kerja. Kenapa tak tetap je kerja dekat situ.



Persoalan yang aku nak beri kepada mereka:

"Kenapa korang lembik sangat? Buat kerja sikit dah mengeluh. Korang tak terfikir ke? pendatang2 asing bersusah payah merantau cari kerja dekat Malaysia. Jadi korang bersyukurlah duduk dekat Malaysia ni. Tak payah merantau keluar negara mencari kerja".

"Kalau korang kata dapat kerja dekat tempat lain, korang pasti ke tempat tu lagi seronok? lagi selesa? entah2 nanti korang berhenti lagi. lagi dan lagi. lepas tu cari kerja lain. lain dan lain. tak kesudah sampai tua!"

"Lagi satu korang rasa tak best sebab tak ada kawan? tolonglah... Kawan kau tu ke yang beri kau gaji? kawan kau tu ke beri anak bini korang makan nasi?" 

Kepada yang suka sangat tukar tempat kerja tu memang merugikan masa korang dan tak berbaloi sama sekali.

Cuba korang fikir kalau korang kekal dekat satu tempat:
- tak lama lepas tu mesti gaji naik
- bila korang kerja lama mesti bos akan rasa percaya dekat korang
- bila budak baru masuk, korang mesti akan dianggap senior. jadi korang bolehlah belagak sikit (haha...ni jangan ikut!)
- lama kelamaan mesti korang akan dinaikkan pangkat.
- duit kwsp pulak mesti makin banyak!

Cuba fikirkan pula kalau asyik tukar2 kerja:
- gaji korang sudah semestinya akan berubah2 dari satu tempat ke tempat kerja yang lain. Kadang naik kadang turun
- kadar kepercayaan bos terhadap korang masih sifar. sebab korang baru lagi
- korang akan sentiasa menjadi BUDAK BARU. dan pastinya korang akan dibuli oleh senior tanpa korang sedari sebab masa jadi budak baru korang sangat NAIF!
- kalau setakat spm tu jangan mimpilah nak naik pangkat kalau asyik tukar kerja je. (lainlah kalau banyak pengalaman) Majikan pon takut nak ambil korang kerja.
- duit kwsp pulak kan terhenti-henti setiap kali berhenti kerja. masa untuk cari kerja baru pulak mungkin akan masa berbulan-bulan. Jadi bila nak bertambah kwsp tu?

Jadi bersyukurlah dengan kerja yang korang dapat sekarang. Kumpulkan banyak pengalaman dekat satu-satu tempat kerja tu. Kalau rasa dah agak mahir mungkin boleh apply ke jawatan yang lebih tinggi.

Tak salah nak tukar kerja. Tapi janganlah terlalu kerap. Fikirkan masa depan. Jangan sampai pendatang menguasai semua bidang kerja dekat Malaysia ni baru korang nak sedar.

Akhir kata, selamat berjaya kepada semua pembaca yang sedang mencari kerja tu...




* satu2nya hero service crew dekat tempat kerja aku!
* paling senior dikalangan pekerja tempatan (walaupon tak sampai dua bulan kerja)
* aku pun nak berhenti kerja sebelum raya nanti ni. Tapi aku ada alasan kukuh ye. Nak samabung pengajian... hehehe...

Wednesday, July 6, 2011

jalan-jalan bersama MANAGER

Hari ini aku bangun awal jugak. Sebelum pukul sembilan dah terjaga. Tapi tidur balik. Dalam pukul 1 aku bangun nak bergegas bayar bil2 yang telah diamanatkan oleh abahku untuk bayar di pos office. Lepas tu redeem hadiah 'gift card rm100' dekat menara petronas. Bapak aku tak sempat nak ambil jadi aku lah yang kena tebus hadiah tu. By the way kalau korang nak tahu bapak aku antara 565 orang yang menang. HEHE (bangga). Yelah siapa tak nak barang free kan?

Hari ni jugak aku ade planning dengan manager aku nak keluar. Nak bawak dia jalan-jalan. Destinasi pertama; menjamu selera dekat johnny's restaurant bukit indah. Dia belanja aku steamboat. Lepas tu dia minta aku bawak ke Danga Bay. Tak pernah pergi katanya. Aku pon ok je. Lagi pun aku serius dah lama gila tak jejak danga bay tu. Jalan2 sikit, lepas tu singgah minum2 dekat satu restoran ni. MAHAL SEY! tempat ok lah tepi pantai. Tapi masalahnya kedai dia yang tak berapa ok. Johnny's lagi cantik! Aku minum coke float. Niat nak minum air panas sebab tekak ni masih lagi batuk2 tapi tak ada pulak. Sir aku minum ais kacang rasanye. Then tambah fried ice cream.

Banyak jugak yang aku borak dengan sir aku ni. dari dia mula2 masuk malaysia, pengalaman bekerja sehinggalah kisah dia bercinta. hehehe...

Fried Ice-Cream

Manager aku mimum ice kacang
Balik je rumah hidung aku yang sangat sensitif ni terhidu sesuatu

"eh, macam bau durian jek? Siapa bagi mak"

"orang belakang"

durian!!

Aku apa lagi..bedal satu biji. Adalah dalam 8 ulas...

Untuk malam ni aku sangat berterima kasih kepada manager aku kerana belanja aku makan2 hari ni.
Terima kasih juga kepada wak amat sekeluarga kerana durian tadi.
Tak lupa juga kepada yang maha ESA kerana sentiasa melimpahkan aku rezeki disaat aku sangat2 KERING sekarang.

Nak Sikit tak?
Muka Puas! hehehe...

* itu je nak update malam ni
* next post berkaitan dengan perkara yang aku bualkan dengan sir aku tadi
* karya seterusnya akan muncul tak lama lagi...

Saturday, July 2, 2011

anti VERSUS pro BERSIH 2.0

Assalamualaikum w.b.t

Dah sebulan lebih rasanya tak update blog ni. Sekarang memang sangat sibuk, kerja sentiasa balik malam. Kadang hati ni rasa sangat-sangat jelos tengok blogger lain update blog diorang setiap hari! 

Tapi malam ni, hati ni rasa tak tenang selagi tak post pasal isu yang memang sedang panas diperkatakan di media massa. Rasanya tak payah nak sebut lagi sekali. tengok tajuk korang dah tahu kan.

Aku ada kawan yang sangat menyokong BERSIH 2.0 ni dan tak kurang juga yang sangat ANTI pada BERSIH ni. Aku dipihak yang mana? Jujur aku katakan aku bukan bersifat neutral atau orang tengah dalam perkara ni. Ya. Aku ada menyokong salah satu kumpulan ni. Cuma tak perlu rasanya untuk aku beritahu SEMUA ORANG mana satu menjadi pilihan hati.

Kalau tak kerana fikir fasal kawan dan maruah orang dah lama aku maki maki kat fb. Tapi bila berfikir sejenak...untuk apa bergaduh dengan rakan sendiri akan satu perkara yang tak bersependapat. Hormati pilihan masing-masing. Cuma aku agak kagum dengan seorang kawan aku yang tidak gentar melaungkan pendapat tentang kebaikan BERSIH ni di dada-dada dinding (wall) facebook.Tapi terpulanglah kepada korang nak sokong mana. Aku tak menghalang dan tak jugak menggalakkan cuma kita dikurniakan akal oleh ALLAH untuk memikirkan yang mana baik dan mana yang buruk.

Isu ni pada mulanya aku sendiri pon kurang ambil perhatian. Mana tidaknya kalau setiap hari tak tengok berita dan baca surat khabar. Mujur sorang kawan aku ni ada post tentang perkara ni dekat facebook dan sejak itu aku mula ambil perkembangan. Terima kasih kepada facebook kerana anda juga rupanya punyai faedah. hehe...

Pada yang tak tahu apa tu BERSIH 2.0 ni. Aku nak share sedikit info berkaitan BERSIH 2.0 ni :

BERSIH 2.0 merupakan perhimpunan yang akan diadakan pada 9 Julai 2011.

BERSIH 2.0 merupakan siri kedua kepada BERSIH 1.0 yang diadakan sekitar tahun 2007 yabg lalu sebelum pilihanraya umum ke-12.

Perhimpunan tersebut dilakukan untuk menyampaikan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

Bersih 2.0 menuntut 8 pekara iaitu :
- membersihkan senarai undi
- mereformasikan undi pos
- menggunakan dakwat kekal
- akses media yang bebas dan adil
- masa berkempen minima 21 hari
- mengukuhkan institusi awam
- menghentikan rasuah
- menghentikan politik kotor

Sememangnya perjuangan yang diagungkan itu tersangatlah murni. Cuma kenapa ia hanya bangkit setelah ura-ura pilihanraya umum ke-13 akan diadakan? Kenapa tidak setiap tahun diadakan? Tepuk dada tanya hati.

Mungkin bagi yang menyokong akan mengatakan :

"perjuangan ini adalah untuk membebaskan hak rakyat yang selama ini terkubur sejak merdeka lagi'

Kepada yang membangkang perhimpunan ini pula akan berkata :

"ini semua hanya helah pembangkang untuk mengelirukan rakyat dan menghilangkan fokus rakyat kepada kes khalwat Anwar Ibrahim!"

Bagi penyokong BERSIH mereka akan menggunakan:

"Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan setiap warganegara Malaysia untuk berhak bersuara disamping berhimpun secara aman".

Bagi yang anti-BERSIH pula mereka akan melarang mahasiswa/siswi dengan menggunakan :

"Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar terlibat dalam mana-mana parti politik".

Jadi terpulang pada korang semua untuk menyokong pihak yang mana. Cuma kita sebagai mahasiswa rasanya belum tiba wakt untuk menunjukkan belang dalam kancah politik ni.

Jika BERSIH 2.0 ni diadakan harapnya tak akan berlaku lagi kucar kacir seperti mana siri pertama yang lalu. Dan diharap juga tuntutan yang dilakukan berjaya dicapai dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik, tiada agenda tersembunyi dan barsikap telus untuk semua rakyat.




* janganlah tragedi rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 belaku lagi. AMIN
* tiba-tiba teringat kata-kata seorang kawan aku yang mengatakan suatu hari nanti negera islam akan hanya wujud di mekah dan madinah sahaja. Nauzubillah! MALAYSIA??
* teringat juga kata-kata seorang kawan aku "kenapa nak bangga jadi melayu?" Asafirullah~ Macam nak cili-cili je mulut die tu. Kalau dia tak bangga, aku sangat bangga menjadi orang melayu! korang bangga tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...